Oleh : Ahmad Ezani Razali
KEMAMAN – Permukiman (Retreat) diharapkan dapat menjana kekuatan anak muda DUN Chukai mempertahankan PAS di Terengganu.
Ketua Pemudanya, Ustaz Ahmad Khairuddin Mohd Zaki berkata, Pemuda PAS DUN Chukai (PPDC) telah mengadakan Permukiman (Retreat) seluruh Ahli Jawatankuasanya selama tiga hari bermula pada Khamis.
Katanya, program tersebut yang berlangsung di Kampung Janda Baik, Pahang telah dihadiri oleh seramai 22 orang anggota sayap kanan PAS Chukai itu adalah bertujuan memperkemaskan gerak kerja parti.


“Semoga Allah menjadikan perkara yang dibincangkan pada kali ini adalah satu perbincangan yang baik dimana dalam masa yang sama dapat dilaksanakan dengan jayanya,” jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program tersebut semalam, Jumaat, 2 Ogos.


Retreat tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu, Ustaz Ramlan Mahmood dan majlis penutupnya disempurnakan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Nasir Razak.





























