Oleh: Nooreni Abu Bakar
DUNGUN – Kurikulum bersepadu menggabungkan ilmu agama dan akademik, menjadi tarikan ibubapa menghantar anak-anak ke pra-sekolah Pusat Asuhan Tunas-Tunas Islam (PASTI)


“Hingga pengurusan PASTI DUN terpaksa menolak permohonan kerana kita kekurangan tempat, ” ujarnya.
Ketua Penerangan PAS Kawasan Dungun itu juga, memberitahu demikian ketika berucap merasmikan Majlis Ihtifal PASTI Al Iman, Pulau Serai di Dewan Al Husna, Darul Ansor di sini pada 17 November.
“Selepas ini anak-anak PASTI akan memilih sekolah samada kerajaan atau swasta, diantaranya Sekolah Rendah Agama Sultan Zainal Abidin(SRABZA) yang merupakn sebuah sekolah swasta yang dikendalikan oleh PAS. ” beritahunya.
Cikgu Alias seterusnya berharap mereka tidak lupa apa yang dipelajari semasa di PASTI terutama berkaitan fardu ain.


Beliau akhirnya mengajak ibubapa yang hadir mengimarahkan masjid dan surau berdekatan kerana selain dapat mendengar kuliah mereka juga boleh bersama masyarakat setempat.






























