Kehadiran Luar Biasa Sambutan Aidilfitri Cermin Semangat Kebersamaan

14

DUNGUN – Kehadiran luar biasa Sambutan Aidilfitri Parlimen Dungun kali ini jelas mencerminkan semangat kebersamaan dan ukhuwah yang kukuh dalam kalangan warga Dungun tanpa mengira latar belakang.

Yang Dipertua PAS Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli yang melahirkan kesyukuran dan rasa terharu dengan sambutan luar biasa daripada masyarakat.

“Walaupun terdapat sedikit kekurangan seperti hidangan yang habis lebih awal daripada jangkaan, namun ia sebenarnya menggambarkan betapa meriahnya majlis ini,” ujarnya.

Ustaz Wan Hassan yang juga Ahli Parlimen Dungun berkata demikian ketika dihubungi di sini mengulas Sambutan Aidilfitri Parlimen Dungun yang diadakan di perkarangan Masjid Lama Kampung Sura di sini pada 18 April.

Mengulas lanjut, beliau berkata jika dibuat perbandingan pada tahun lepas majlis seumpama itu diadakan di Padang Pulut dalam DUN Rantau Abang dengan 4000 orang kehadiran .

“Manakala tahun ini keputusan mesyuarat sebulat suara, kita tambah daripada 4000 kepada 6000 orang, pilihan tahun ini di DUN Sura, Insya Allah tahun hadapan, panjang umur buat di DUN Paka pula,

” mohon seribu kemaafan andai ada yang tidak sempat makan kerana kehadiran luar jangkaan dari keputusan mesyuarat, ” tambah beliau dengan nada sebak.

Beliau turut memuji pengorbanan para petugas yang bertungkus-lumus memastikan kelancaran program, malah ada yang belum sempat menikmati juadah kerana komitmen melayan tetamu.

” Secara peribadi, saya berasa bangga dan tersentuh melihat kesungguhan semua pihak dalam menjayakan majlis ini.

“Semoga semangat gotong-royong dan ukhwah yang terjalin ini akan terus diperkukuhkan, serta menjadi asas kepada lebih banyak program yang memberi manfaat kepada rakyat pada masa akan datang.” katanya.