Penjawat Awam Rugi RM600K Rumah Hangus Terbakar

3673

Oleh : Rohayati Ripin (RR)

DUNGUN – Seorang penjawat awam kerugian sebanyak RM600 ribu apabila kediamannya hangus dijilat api dalam sekelip mata.

Abdul Wahab Idris, 59 yang bekerja berkhidmat di Jabatan Veterinar berkata, beliau mendapat tahun tentang kejadian itu apabila menerima panggilan telefon daripada anaknya.

Beliau yang ditemui berkata, sangat terkejut apabila mendengar ‘tiga patah perkataan’ yang tidak pernah baloiau fikirkan.

“Ayah rumah terbakar…….(kata anak saya dan) saya balik terus dalam kelam kabut…… tak sedar bomba datang dan semua habis,

“kerugian dalam RM600 ribu, isteri saya berniaga, barang habis terbakar,” Abdul Wahab Idris (kanan) kepada Haji Ghazali (kiri)

“kerugian yang dialami RM 600 ribu…peralatan, barang perniagaan, rumah dan lain-lain habis,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media di lokasi kebakaran, di Jalan Wa pada Ahad, 22 Julai.

Menurut Idris yang juga Pengerusi J3K Kampung tersebut, jirannya memaklumkan kebakaran berlaku berpunca daripada litar pintas.

Sehubungan itu, Penyelaras DUN Bukit Besi Haji Ghazali Sulaiman berkata, beliau amat berdukacita dengan kejadian ini.

“Alhamdulillah semua selamat walaupun satu benda tak dapat di selamatkan dan barangan tak dapat ambil,” katanya.

Menurut satu kenyataan yang diedarkan pihak Jabatan Bomba Dan Penyelamat, kebakaran berlaku pada jam 3.03 petang.

Seramai sembilan anggota dari Balai AMBS dan Balai Bomba Dungun telah dikejarkan ke lokasi sebaik menerima aduan.

Tiada mangsa yang terlibat dalam kebakaran rumah, jenis separuh kekal anggaran keluasan 40 × 45 kaki, telah terbakar 100 peratus.