Oleh : Rohayati Ripin
KUALA TERENGGANU – Kerajaan Terengganu mengkaji akan menyampaikan nota bantahan kepada pemerintah Vietnam melalui Wisma Putra bagi menyelesaikan masalah pencerobohan nelayan dari negara itu.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Asas Tani dan Pembangunan Desa, Dr Azman Ibrahim berkata, beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) yang telah berjaya menangkap dua bot nelayan Vietnam pada minggu lepas yang merompak khazanah negeri dengan jutaan ringgit.
“Sebenar Negeri Terengganu terdedah kepada pencerobohan asing kerana bentuk fizikal dengan pantai yang terbuka dan paling panjang di Semenanjung Malaysia kira 244 kilometer daripada Kemaman sehingga ke Besut,
“pencerobohan nelayan asing dan nelayan pukat tunda sehingga ke satu tahap nelayan kita putus asa untuk ke laut terutama nelayan pantai,


Beliau berkata demikian pada sidang media di pejabat APMM Pulau Kambing pada Selasa, 17 julai.
Dalam taklimat yang disampaikan oleh Ketua Pengarah APMM Dato’ Sri Zulkifili Bin Abu Bakar, beliau berkata sebanyak 612 bot nelayan asing yang telah ditangkap dan dirampas di seluruh negara sehingga bulan Julai tahun ini.
Selain daripada itu katanya, beberapa kategori bot yang telah ditahan termasuk bot tempatan yang dioperasikan oleh nalayan asing. Bot telah didaftarkan di bawah bot nelayan tempatan.
“Katanya negara mengalami kerugian RM6 bilion pada tahun lalu dan negeri berkenaan telah mendedahkan di dalam Parlimen bahawa RM6 bilion setahun hasil tangkapan Malaysia telah di bawa lari ke negara Vietnam,” katanya.


Justeru itu katanya, pihak APMM telah menjalankan beberapa usaha bagi meningkatkan pengawalan perairan Malaysia.
Namun begitu beliau berkata terdapat beberapa masalah timbul yang mengengkang usaha beliau dalam memburu nelayan asing tersebut.
“Antaranya kita kekurangan aset dan hanya ada dua bot besar serta kita belum lagi dapat menubuhkan angkatan udara APMM,
“walaupun ada kerjasama dengan pihak penguatkuasa lain termasuk tentera laut Diraja Malaysia,
“Namun pihak tentera laut katanya mempunyai kekangan ataupun halangan tertentu yang menyebabkan pengawalan dan pemerhatian laut tidak dapat dibuat secara berterusan dalam tempoh yang lama dalam tempoh satu-satu hari,” jelasnya.
Jadi oleh itu beliau menggesa supaya kerajaan pusat menambah aset –aset kepada APMM termasuk cadangan beliau supaya APMM membeli dua buah helikopter dan sebuah kapal terbang serta beberapa peralatan kapal yang lain.































