Oleh : Rohayati Ripin (2R)
KUALA TERENGGANU – Dewan Muslimat PAS Malaysia mmemberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada PAS Terengganu dan akan bekerjasama dengan Dewan Muslimat Negeri untuk mengisi kemenangan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke- 14 yang lalu.
Bendaharinya, Dr Che Faridah Ismail berkata, pelbagai program diatur selepas PRU untuk memastikan setiap lapisan dan sudut kemenangan dapat diisi dengan perkara yang berfaedah.
“Saya mewakili Dewan Muslimat PAS Pusat mengucap tahniah kepada warga Terengganu keseluruhannya diatas kemenangan PRU ke-14 yang lepas,


“dan insya Allah dapat memberi kesejahteraan kepada keseluruhan rakyat Negeri Terengganu bersesuaian dengan moto kita iaitu ‘Terengganu Maju, Berkat Dan Sejahtera’,
“serta yang lebih penting ianya bersesuaian dengan apa yang di ajar dalam ajaran Islam,” ujarnya.
Beliau (Gambar bawah) berkata demikian ketika di temui pihak media pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Seberang Takir pada hari ini Sabtu, 23 Jun.


“Kita sama-sama bekerjasama dalam merealisasikan moto yang di war-warkan tanpa mengira latar belakang politik,
“dan kita harap rakyat akan terus bekerjasama antara satu sama lain demi untuk memajukan Islam di Negeri Terengganu,” ujarnya.




























