Bikini; Kerajaan Terengganu Ambil Pendekatan Cermat, Halus Dan Mendidik

11686

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri Terengganu akan mengambil pendekatan cermat dan halus serta dalam bentuk mendidik anggota masyarakat , rakyat negeri Terengganu dan pengunjung dalam isu berkaitan pelancongan.

Menteri Besar Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kerajaan mengalu-alukan kedatangan pengunjung yang bertandang ke negeri ini dan mereka seharusnya memahami budaya dan kaedah serta peraturan sedia ada.

“kita mengalu-alukan kesatangaan semua pelancong……sama juga dengan kita…kalau kita pergi ke England tentulah ada cara dan kaedah yang diamalkan oleh penduduk di sana,

“yang memerlukan kita tidak ikut selera kita tapi mengikut suasana persekitaran dan peraturan yang ada di sana, di Eropah pun sama juga,” tegasnya.

Oleh itu, jelas beliau, pelancong daripada luar juga haru memahami tentang keperluan, budaya dan sensitiviti masyarakat dan amalan kehidupan beragama.

Beliau berkata demikian ketika ditemui berkunjung ke Majlis Rumah Terbuka Sempena Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar di ‘Waterfront’ di sini hari ni Sabtu, 23 Jun.

Lebih-lebih lagi, menurut beliau di pantai timur, di negeri Terengganu dan Kelantan tentulah ada aspek-aspek yang sensitif dan memerlukan pendekatan supaya mereka tidak melakukan diluar batas sempadan.

Beliau turut meluahkan rasa kesal kerana ada pihak media yang merujuk kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Ustaz Mohd Nor Hamzah kepada perkara lain.

Menurut beliau, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong itu secara umumnya berkata, kerajaan baharu negeri Terengganu yang baru berumur sebulan, ingin melakukan penambahbaikan kepada apa-apa sedia ada.

“mana-mana yang baik yang lakukan pentadbiran yang lepas kita akan teruskan….. disamping penambahbaikan, dan mana-mana yang tidak baik, itu yang kita akan baiki…itu yang disebut oleh beliau,

“tetapi pihak media merujuk kepada perkara yang lain (pemakaian bikini),” jelas beliau lagi.

Justeru itu, kata beliau, akan ada pendekatan yang diambil bagi mengani isu yang berbangkit tersebut, dengan dua asas.

“yang pertama kita mengalu-alukan kedatangan pelancong samada dari dalam begeri atau luar nagara….yang kedua ialah,

“setiap pelancong seharusnya memahami budaya, kaedah dan peraturan (setempat),” tambah beliau.

Berita/ artikel terkait;

Kenyataan Media Isu Laporan FMT

Pulau Perhentian ‘Hotspot’ Untuk Pelancong Barat Berbogel