PAS Yakin Akan Memerintah Selepas PRU14

3249
YB Cikgu Alias Harun, ADUN Rantau Abang

KUALA NERUS – PAS Terengganu yakin, dengan sokongan anak-anak muda di negeri Terengganu, parti tu akan memenangi pilihan raya umum kali-14 (PRU14) dan memerintah negeri Terengganu.

Sehubungan itu, PAS akan mengadakan program detik pelancaran (countdown) dalam tempoh 100 hari bagi membuat persiapan terakhir menghadapi PRU14.

Pengarah Himpunan ‘Countdown 100 Hari PRU14’ YB Cikgu Alias Harun berkata, program tersebut akan dirasmikan oleh Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bagi membekallan maklumat dan dasar-dasar PAS kepada semua petugas.

“program ini akan membentangkan 15 Manifesto Awal PAS Terengganu, penerangan berkenaan dengan Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS), Dokumen Hijau dan Pelan Tindakan PAS Terengganu (PINTAS) apabila diberi mandat mentadbir negeri,

“objektifnya adalah untuk memnbekalkan maklumat kepada semua pemimpin, penyokong dan pendokong semua peringkat sehingga ke cawangan-cawangan (PAS) di seluruh negeri,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mesyuarat Jawatankuasa Induk ‘Countdown 100 Hari PRU14’ di KOMTAQ dekat sini pada Rabu 6 Disember.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang itu berkata, segala maklumat yang disampaikan pada program tersebut akan menjadi bahan kempen PAS menjelang detik PRU14.

Justeru itu, kata beliau, program yang akan diadakan di masjid Rusila Marang pada Sabtu 16 Disember akan menyaksikan momentum dan kebangkitan anak-anak muda selepas l ledakan pada program Fastaqim 2.0 di Tok Jembal.

“Insya’Allah, kita jangka dapat mengumpul jentera pilihan raya kita sekitar 5 ,000 orang meski pun dalam suasana musim tengkujuh ini,” tegas beliau.