KUALA TERENGGANU – Dewan Ulama PAS menegaskan, bantahan tehadap Amerika Syarikat dan Zionis Israel tidak terhenti setelah berakhir demonstrasi aman semalam.
Sebaliknya Ketua Dewan itu Dato’ Ustaz Mahfodz bin Mohamed menyeru seluruh umat Islam meneruskan perhimpunan di masjid dan surau serta markas-markas PAS, dan berdoa sehingga Palestin di bebaskan.
“maka tugas kita nanti selepas berhimpun di sini, (hendaklah) ramai-ramai (kita) di rumah-rumah…….berkumpul di masjid, surau dan markas-markas PAS,


Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan ribuan umat Islam yang berhimpun di hadapan kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak Kuala Lumpur pada Jumaat 8 Disember.
Menurutnya, demonstrasi itu adalah untuk menunjukkan solidarity bersama-sama umat Islam seluruh dunia menyokong saudara-saudara SeIslam di bumi Palestin.


“kita berhimpun berama-ramai dan memohon (munajat) kepada Allah agar hasrat mereka yang jahat, yang mahu menjadikan Baitul Maqdis ibu negara Israel tidak akan diterima oleh Allah,
“bagi pihak Dewan Ulama (PAS Pusat) menyeru semua pihak supaya bersatu padu meneruskan perjuangan sehingga masjid al-Aqsa dan Palestin di bebaskan,” tegasnya.


Tindakan itu telah menimbulkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia yang turun ke jalan-jalan raya dari London hinggalah ke Jakarta.




























