MARANG – Seorang nelayan pantai teraniaya kerana tanah tempat beliau bertani, menanam sayur-sayuran telah disodok oleh kerajaan, yang didakwa untuk dibangunkan projek ‘tenaga solar’.
Md Ariff Muda, 73, (gambar bawah) dari Kampung Jambu Bongkok berkata, tanah rentahan tempat beliau mencari rezeki tambahan pada musim tidak ‘ke laut’.
“Tanah ini kalau kita kira tanah kerajaanlah, tapi dulu kita buat padi (di sini)……..setelah buat padi dah dia habis kering, orang tak buat padi belake,


“kita pun doh dia naik ‘rok’ (semak) kita pun mari sodok semula sodok buang kayu apa gitu gini mari menanam sayur,” ujarnya.
Malangnya kata beliau, permohonan tanah tersebut tidak diluluskan walau telah dibuat puluhan tahun yang lalu, tanpa sebarang sebab.
Lebih parah lagi, menurutnya, tidak ada sebarang notis yang dikeluarkan dan tanpa sebarang perbincangan menyebabkan peralatan serta pagar kawasan mereka turut dimusnahkan.


“bagi pihak kita……walaupun tanah ini tanah rentahan, mangsa yang terbabit perlu diberi pembelaan kerana mereka mendapat pendapatan tambahan (dengan menanam) sayur,
“mereka tidak boleh menangkap ikan sepanjag tahun dan bila tidak ke laut, mereka bergantung kepada hasil pertanian di sini,” tegasnya.
Selain itu katanya, ada petani yang terbabit adalah bekerja sepenuh masa yang hilang punca pendapatan apabila pihak pemaju memusnahkan kawasan tanaman tersebut.

























