Oleh : Khalid Abdullah
KEMAMAN – Golongan peniaga Tionghua yang menjalankan aktiviti perniagaan mereka di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemasik masih selesa dengan PAS.
Walaupun pelbagai momokan dan tohmahan oleh musuh PAS dari MCA dan DAP, namun mereka menyambut kedatangan petugas parti Islam itu dengan begitu baik.
Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional (LPN), Dewan Muslimat PAS Kemaman, Rohana Muda menyifatkan, hubungan PAS dengan kaum itu semakin mesra.


“ucapan terima kasih….. yang tidak terhingga tidak lepas dari mulut mereka sebagai menghargai kedatangan kami,”ujarnya ketika ditemui.
Beliau berkata demikian selepas mengetuai rombongan seramai 12 ahli jawatankuasanya menyantuni masyarakat Tionghua di sekitar Kertih petang semalam, Rabu 25 Januari.


“Reaksi positif yang ditunjukkan ini adalah petanda bahawa kaum Tionghua masih setia menyokong PAS dalam pilihan raya akan datang,
“kita amat yakin!,”tegas beliau.
Turut sama dalam kunjungan 16 buah premis perniagaan kaum Tionghua itu ialah Pemuda PAS DUN Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili.




























