SETIU – Orang ramai dan para dermawan dirayu untuk menyumbang bagi membantu tabung pembangunan sebuah Pusat Tarbiah Islamiah Batu Rakit (PUTIBR) di Kampung Darat Batu Rakit.
Menurut Pengerusi MTD Batu Rakit, Ustaz Mohamad Nazari Alias, kos bagi pembinaan pusat tersebut kira-kira RM1.2 juta yang merangkumi tiga blok fasa pembangunannya seperti ruang pejabat dan dewan mesyuarat, lot kedai, dewan kuliah serbaguna dan sebuah surau.
Oleh itu beliau merayu kepada semua pihak agar dapat sama-sama merealisasikan pembinaan pusat tarbiah tersebut.
Katanya, pembinaan pusat tarbiah itu mempunyai visi dan misi yang besar bagi kepentingan Islam dan masyarakat setempat.


“(dan) Kita membuka ruang sepenuhnya kepada semua umat Islam di mana sahaja untuk menyumbang sama ada wang ringgit atau bahan mentah untuk tujuan pembinaannya.
“Visinya sebagai pusat dakwah, tarbiyah dan kebajikan untuk memenuhi keperluan masyarakat setempat.
“Misinya, menjadi pusat pentadbiran, pusat ilmu dan pusat aktiviti untuk melahirkan generasi yang berilmu, cintakan Islam dan terjun ke medan jihad,” ujarnya.
Menurutnya, matlamat penubuhan pusat tarbiah itu juga sebagai pusat dakwah dan gerakan bagi menimbulkan kesedaran masyarakat setempat.
Justeru itu, katanya sebarang pertanyaan boleh hubungi pihak PUTIBR di talian 014-5053142 (Pengerusi) atau Bendaharinya, Zakaria ( 014-2109255) dan sumbangan wang boleh di salurkan ke akaun CIMB Islamik Pusat Tarbiah Islamiah Batu Rakit, No. 8602481035.

























