Industri Silika; Kerajaan Diingatkan Agar Menepati Janji

2302

Oleh : DMS

SETIU – Setelah hampir dua tahun berlalu sejak ia dilancarkan, belum wujud kilang pemprosesan silika kualiti tinggi sebagaimana didakwa kerajaan negeri Terengganu.

Ahli Dewan Undangan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal Dr. Alias Razak kesal kerana projek yang didakwa dikatakan menarik pelaburan RM1.2 bilion itu masih belum merealisasikan kenyataan akan mewujudkan 1000 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

“belum ada apa yang didakwa sebagai kilang pemprosesan silika kualiti tinggi tapi yang wujud hanya kilang melombong pasir sahaja,

IMG-20160401-WA0049“maknanya jawapan yang diberikan oleh pihak kerajaan kepada saya dalam Sidang DUN masih belum jadi kenyataan,”ujar beliau yang bertindak sebagai wakil rakyat PAS yang di tugaskan untuk memantau portfolio Kesihatan dan Alam Sekitar negeri.

Beliau berkata demikian selepas melawat kawasan perlombongan silica terbabit di Kampung Bari, dekat sini pada Rabu 30 Mac.

Timbalan Pesuruhjaya (1) PAS Terengganu turut melahirkan kekesalan kerana faktor alam sekitar tidak dititik beratkan dalam aktiviti melombong pasir itu.

“kesan alam sekitar hasil dari aktiviti pengorekan pasir ini akan dialami oleh penduduk tempatan khususnya kerana masih ada lagi aktiviti pertanian khususnya tanama kelapa sawit di situ,

“kerana pasir di gali dan di korek………mungkin akan berlaku runtuhan tebing akhirnya akan merosakkan,mencemarkan persekitaran.”jelasnya

Oleh itu, beliau menggesa pihak berkuasa memantau aktiviti melombong pasir itu kerana katanya, kesan industri akan lebih teruk jika tiada perancangan yang teliti.

IMG-20160401-WA0046“perlu kajian dan pengawasan supaya tidak berlaku kerosakan alam sekitar yang boleh menjejaskan penduduk tempatan,”tegasnya.

Turut sama dalam lawatan tersebut ialah Pengerusi Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar Negeri Ustaz Saharizukirnain Abd Kadir.

Selaku Yang DiPertua PAS Setiu, beliau berharap kerajaan menepati janji bagi mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan selain mematuhi prosedur yang telah ditetapkan.

Beliau juga memberi ingatan kepada kerajaan agar perlombongan silika itu tidak mengulangi ‘kes bauksit’ yang mendapat bantahan orang ramai kerana mencemarkan alam sekitar.

“kita mengharapkan agar projek ini betul-betul dapat memberikan peluang pekerjaan pada penduduk tempatan di samping dapat memenuhi ‘SOP’ yang di tetapkan,”katanya.