Kebangkitan dan Penentangan ‘Hanya Sanya’ Cara Mengembalikan Tanah Palestin

1129

Pemimpin Hamas yang juga anggota Parlimen Palestin Yahya Mousa berkata, tanah Palestin tidak akan dibahagikan antara rakyat Palestin dan penjajah.

“Kita semua perlu mengisytiharkan kebangkitan adalah hanya jalan untuk mengembalikan tanah kita dan untuk mengembalikan hak-hak kita yang dicuri,”katanya.

Beliau berkata demikian dalam memperingati Hari Tanah di Khan Younis, semasa acara memperingati Hari Tanah, yang menandakan bahawa rakyat Palestin di mana jua pun mereka berada, tidak sesekali menerima pembahagian tanah mereka.

FF743A700EBeliau menegaskan bahawa pengepungan Israel yang dikenakan ke atas Gaza bertujuan untuk melemahkan kebangkitan Palestin dan yakin bahawa percubaan Israel pasti akan gagal.

Beliau mengulangi sokongan dan komitmen Hamas untuk intifadah Al Quds.

“Kita semua perlu berdiri bersama-sama untuk menyokong intifada ini untuk membantu ia berkembang melalui tanah kita yang diduduki,

“kerana ia adalah hanya cara untuk mengembali hak-hak kita, dan untuk mencapai matlamat negara kita,”tegasnya.

Pemimpin Hamas itu turut menyeru orang-orang Arab dan umat Islam agar terus menyokong rakyat Palestin dalam perjuangan mereka menentang penjajahan Israel.

Sementara itu, tentera Israel telah menculik culik, 16 rakyat Palestin dari beberapa bandar Tebing Barat, pada 31 Mac.

DC28CCB3F1Portal berita Al Qassam mengesahkan bahawa pihak berkuasa rejim telah menculik Salem Herzallah dari Nablus dan Jihad Swedan dari Qalqilia.

Di Jenin, tentera Israel menculik 5 lagi warga Palestin yang dikenal pasti sebagai Taher Badarna, Mohammed Al E’mour, Hussein dan Feras Herzallah dan nour Hamarsha manakala di Ramallah tentera laknatullah telah menculik Hesham Abu Lafah dan tiga adik-beradik dari Al Froukh Keluarga.

Pasukan penjajah itu turut menyerbu, bandar Qabatya selatan bandar Jenin, pada pagi Khamis,

Sumber tempatan berkata, beberapa rondaan tentera ditempatkan di pintu masuk utama bandar manakala askar Israel yanh lain memecah masuk ke bandar dari jalan Al Hesba.

Israel melancarkan kempen harian tangkapan dan serbuan di bandar-bandar di Tebing Barat dalam usaha untuk menghapuskan kebangkita dan menghentikan Intifadah Al Quds .