Isu Rakyat Dibangkitkan Oleh ADUN Kijal Sebelum Usul Undi Tidak Percaya

1999

KUALA TERENGGANU – ADUN Kijal Dato’ Seri Ahmad Said yang juga bekas Menteri Besar (MB) telah membangkitkan beberapa isu rakyat Terengganu dalam sidang DUN semalam sebelum beliau mengusulkan, undi tidak percaya kepada MB masakini.

Antara perkara yang dibangkitkan beliau adalah; telaga minyak Bertam, royalti minyak dan gas Terengganu, hutang pembinaan kerajaan pusat kepada Terengganu dan kerajaan yang ‘mungkir’ dalam pembangunan kawasan Ladang dan Tanjung di Kuala Terengganu.

BertamTelaga Minyak Bertam PM 307

Telaga minyak Bertam PM 307, yang berada kira-kira 120km dari Pantai Geliga, Kemaman, telah hilang begitu sahaja, sekaligus , melenyapkan ‘kedaulatan’ negeri Terengganu sebagai negeri yang berdaulat.

Kini, Bertam telah mengeluarkan minyak lebih kurang 3 juta tong, dan ia bermakna rakyat dan kerajaan Terengganu telah kehilangan sumber hasil kerana Bertam telah diserahkan kepada negeri Pahang.

Sehingga kini, pertanyaan bertulis secara rasmi kerajaan negeri Terengganu kepada PETRONAS untuk mendapatkan pengesahan apakah Bertam 307 itu berada di Laut Terengganu atau Pahang masih belum dijawab.

Kerajaan negeri Umno Terengganu masakini juga tidak mengambil sebarang usaha untuk menembalikan nah milik negeri itu.

http://buletinonline.net/images/stories/aberita20/najib%20ahmad%20said%20tipu%20royalti.jpgRoyalti Minyak Lesap?

Ketika minyak berharga USD145 setong, kerajaan dan rakyat negeri Terengganu sepatutnya mendapat hasil royalti kira-kira RM 2 billion setahun. I

tu dikira, berasaskan harga minyak USD75 setong.

Persoalannya di mana kira-kira wang RM2 billion lagi tidak dijelaskan oleh kerajaan pusat.

Oleh kerana itu, ketika harga minyak kembali murah ini, di kala kewangan yang mencengkam, kerajaan negeri patut menuntut kembali hak kita yang masih tersimpan pada Kerajaan Persekutuan.

Hutang Pembinaan LPT2

Kerajaan pusat telah menggunakan wang kerajaan Terengganu untuk membina LPT2.

lpt2 naikKerajaan Terengganu sepatutnya menuntut kembali perbelanjaan yang digunakan.

Pada Mei 2015, YB Exco wakil Kemasik mengatakan kira-kira RM1.6 billion wang Terengganu telah digunakan dalam kos LPT2.

Namun, selepas itu kenyataan MB Terengganu kosnya adalah RM 1.85 billion.
Asal peruntukan untuk kos lebuhraya ini adalah RM 1.8 billion.

Ini bermakna kerajaan negeri terpaksa membayar 50% iaitu RM 900 juta untuk kos pembinaan lebuhraya.

Ia adalah tidak adil kerana kerajaan negeri Terengganu terpaksa menanggung separuh daripada kos tersebut, sedangkan lebuhraya yang dibina di mana-mana negeri lain adalah ditanggung oleh kerajaan Pusat atau syarikat swasta.

Pembangunan Tanjung dan Ladang Kuala Terengganu

Pembangunan kedua-dua kawasan sepatutnya dibuat 2 jenis rumah, satu rumah mampu milik Ladang Gemilang, bagi mereka yang tidak mendapat banyak bayaran pengambilan balik tanah tersebut, mereka mampu membeli dan memiliki Ladang Gemilang.

ladang-2Janji kerajaan juga pembangunan kedua-dua kawasan itu adalah pembangunan bumiputera dan penduduk Ladang diberikan keutamaan, untuk tinggal dekat dengan kampung mereka.

Kerajaan juga membuat keputusan kedai-kedai yang dibangunkan boleh disewa dengan murah dan jaminan kerajaan juga memastikan 50% kedai ini akan dipegang oleh Lembaga Tabung Amanah Warisan dan hendaklah 30% sekurang-kurangnya dimiliki oleh bumiputera yang kekal di Ladang dan Tanjung.

Sebaliknya rumah Ladang Gemilang dan Tanjung ini, dekat masjid berkenaan, hendak dijual kepada orang ramai, sedangkan randangan asal adalah diutamakan kepada penduduk setempat, selain harga yang hendak dijual terlalu tinggi mencecah harga RM245,000 ribu dan lebih, mengikut tingkat atau pandagan.

Sedangkan dulu, ia janji akan hanya jual dengan RM98,000 hingga RM128,000 dengan subsidi.

Isu-isu Sebelum ini;

Razif Tidak Jawab Banyak Isu-isu Dibongkar Ahmad Said