MARANG – Pengarah Persiapan HARAP 3.3, Ustaz Sulaiman Sulong berpuas hati dengan penyediaan tapak dan infratruktur Himpunan tersebut dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu.


“Alhamdulillah dan in sha Allah petang ni semuanya siap lah, dan mala mini majlis operasmian Karnival HARAP 3.3 akan berjalan dengan baik,”ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui memantau persiapan akhir, menyudahkan hiasan bagi pentas utama dan sentuhan terakhir kepada kanopi utama yang dikhaskan kepada tetamu dan jemputan khas.
Menurutnya, susunatur bagi komponen infrastruktur HARAP 3.3 adalah, suaru muslimin dan muslimat yang terletak di bangunan kedai sebelah kanan, paling hampir dengan jalan dari Kuala Terengganu ke Kuala Berang.


Manakala gerai yang menjual perlbagai makanan dan minuman, panas dan sejuk, terletak dibelakang surau, ke arah kanan pintu gerbang.
Manakala kemudahan untuk tandas terletak di belakang pentas utama.
Terdapat seuumlah 123 gerai yang menjual pelbagai barangan, 30 buah gerai makanan dan minuman, yang selebihnya adalah pameran dari pelbagai agensi termasuk kerajaan negeri Selangor dan Kelantan.
Himpunan Harapan Semua 3.3 (HARAP 3.3) yang bermula hari ini 24hb dan berakhir pada 27hb Februari, adalah Himpunan kali ketiga yang dianjurkan oleh Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu.


HARAP 3.1 diadakan pada 29hb hingga 31hb Januari, 2015 di Kampung Telaga Daing, Seberang Takir, Kuala Nerus.
Selang lapan bulan selepasnya, HARAP 3.2 diadakan di anjurkan pada 17hb hingga 19hb September di Kampung Puau Serai Dungun.





























