Mr. Os Sakit, Tak Ada Air Liur

1945

– Tapi Tetap Hadir Penuhi Jemputan HARAP 3.3

MARANG – Mr Os atau Mohd Osman Yusof adalah seorang pelawak dan pelakon yang agak berbeza dengan artis yang lain.

Beliau yang aktif berdakwah di pentas PAS kini sebenarnya sedang menahan sakit ketika memenuhi hajat Panitia HARAP 3.3 agar berceloteh dan bersembang santai.

Mr OsNamun, beliau telah meminta izin keluar dari hospital untuk berjalan sejauh lebih 800 kilometer dari Kuala Lumpur ke Kampung Padang Mengkuang.

“Saya sakit, tapi saya beritahu doktor, saya mesti ke Terengganu untuk memenuhi janji, jadi doktor kata, kalau pergi ke Terengganu saya jadi sihat, pergilah,”ujar Os.

Walaupun agak payah untuk beliau berdiri, bersama Ustaz Mohd Ibrahim (Mad Cina), beliau tetap bangun, tapi tak lama.

SAM_1326Os tetap cuba menceriakan ribuan hadirin yang hadir pada malam pembukaan HARAP 3.3.

Kemudian, Ustaz Mohd ketika mengakhiri sesi santai selama satu setengah jam, membuka rahsia.

“Sebenarnya abang Os, tak ada air liur……..dia kehabisan air liur selepas beliau menjalani pembedahan baru-baru ini,

“Sebab tu abang Os terpaksa minum air yang sangat banyak,”jelasnya.

SAM_1334Mr Os, mencapai umur 64 tahun pada tahun ini, namun mendapat petunjuk dari Allah dan mahukan anaknya yang kini sedang menuntut dalam bidang perubatan di Mansoora Mesir, berkhidmat sebagai seorang doktor Islam.

Beliau berkata, ketika berkarya, sekiranya tidak ada idea, beliau akan solat hajat dan memohon hidayah dari Allah.

“Sebab itulah lagu ‘durian dah berbunga’ akan kekal diputarkan walaupun saya telah meninggal dunia, kerana ia adalah lagu yang baik,

“Akan kekal selagi durian ada di atas muka bumi ini,” katanya.