Pengumuman Pilihan Raya Sarawak Oleh Adenan Adalah ‘Luar Biasa’

1543

KUCING – Pengumuman yang dibuat oleh Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem mengenai Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11), yang bakal di adakan pada 30 April depan agak pelik.

Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS negeri Terengganu YB Ariffin Deraman berkata Adenan tidak sepatutnya mendahului Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia dan membuat pengumuman bersendiri.

“tak patut Ktua Menteri buat kenyataan bgitu, dah langgar protokol………..luarbiasa dari biasa………..memang dia tak biasa,”ujarnya, ktika diminta memberikan komen tentang kenyataan terbabit.

YB Ariffin [baju kuning tiga dari kiri] bersama pasukan peninjau PAS Terengganu
Beliau bersama pasukan petugas pilihan raya PAS Terengganu berada di ibu negeri Sarawak itu, berkata demikian ketika dihubungi.

Menurut Ahli Dewang Undangan Negeri (ADUN) Alor Limabt itu, kebiasaanya Adenan selaku Ketua Menteri yang diamanahkan menjaga pentadbiran kerajaan Sarawak hanya boleh mencadangkan tarikh pembubaran DUN Sarawak kepada Tuan Yang Terutama, Yang DiPertua Negeri (TYT YDP).

Menurut amalan biasa, kata beliau, setelah dipersetuji oleh YTY YDP, SPR perlu bersidang bersidang untuk menetapkan tarikh pilihan raya dan membuat hebahan umum mengenai perkara tersebut.

Sehubungan itu, beliau berkata, pihak Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat telah menetapkan, pasukan kempen dari negeri Terengganu akan membantu kawasan DUN Sadong Jaya pada pilihan raya negeri Sarawak kali ini.

“PAS dijangka akan bertanding pada 11 kerusi Dewan Undangan Negeri Sarawak pada puilihan raya kali ini dan petugas PAS dari negeri Terengganu akan membantu DUN Sadong Jaya,

IMG_20160130_215959
Ketua Lujnah Perpaduan Naional PAS Dungun Puan Serena Lim menerangkan sesuatu kepada pengundi DUN Sadong Jaya berbangsa Tionghua, pada tinjauan yang bermula dua hari lalu

“PAS telah bertanding di ketusi itu sejak tahun 2001, kemudian pada 2011 dan pada kali ini tahun 2016,”jelasnya.

Katanya, pasukan peninjau yang terdiri daripada lapan orang petugas pilihan raya PAS Kawasan Dungun kini sedang membuat kajian bagi merangka strategi menghapai PRN Sarawak di DUN terbabit.

“Sekarang rombongan dari PAS Kawasn Dungun seramai 8 orang yang diketuai oleh ADUN Rantai Abang YB Cikgu Alias Harun sedang berada di lapangan,

“turut sama dalam rombongan tersebut ialah ADUN Sura Cu=ikgu Wan aHapandi Wan Nik, Ketua Muslimat PAS Dungun Puan Khairiah Morti dan Cikgu Mohd Amin selaku Pengarah Pilihan Raya PAS Dungun,”tambahnya.

Ariffin berkata, PAS akan menghantar petugas kempen secara berkala sebaik sahaja selepas penamaan calon PRN Sarawak pada 18 April depan.