Isu Hakisan; Penyelesaian Kerajaan Hanya Bersifat Sementara

1554

Isu hakisan pantai di Terengganu bukanlah isu baru, saban tahun setiap kali tibanya musim tengkujuh dan laut bergelora masalah ini sentiasa berulang. Musim tengkujuh pada kali ini tidak terkecuali ; fenomena angin kencang dan air pasang besar yang bermula pada 25 Januari 2016 dan dijangka berakhir pada hari ini 27 Januari 2016 telah menyebabkan berlakunya hakisan di beberapa tempat.

IMG-20160127-WA0018Antara tempat-tempat yang terlibat ialah kawasan pantai di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang bermula daripada Kampung Rhu Renggeh sehingga Kampung Rhu Rendang dan Kelulut. Hakisan ini akan memberikan kesan yang jelas dari sudut kerosakan harta benda dan nyawa pada masa akan datang jika sekiranya tidak dapat diatasi dengan secepat mungkin.

Pihak kerajaan ada mengambil tindakan untuk mengatasi masalah ini dengan membina penghadang ombak di beberapa lokasi yang tertentu. Akan tetapi ia hanya untuk jangka pendek sahaja dan sebahagiannya telah pun pecah dan rosak.

IMG-20160127-WA0017Justeru PAS Marang mewakili penduduk di sini menyarankan kepada pihak kerajaan supaya bertindak segera dengan menyediakan pelan penyelesaian untuk jangka masa panjang sebelum perkara-perkara yang tidak diingini terjadi pada masa akan datang.

Pihak PAS Marang akan mengadakan perbincangan susulan dengan pihak-pihak yang terlibat sama ada dengan Exco Pembangunan dan Infrastruktur atau YAB Menteri Besar Terengganu bagi menyuarakan rintihan rakyat dan memberikan cadangan untuk menyelesaikan masalah ini.

BERISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN

Muhammad Khalil Bin Abdul Hadi
Ketua Penerangan PAS Marang
27 Januari 2016