BESUT – Hampir setiap hari PAS kawasan ini, mengadakan aktiviti menziarahi warga Besut yang sakit, uzur atau pun ditimpa musibah serta kematian, tanpa mengira latar belakang dan kecenderungan politik.


“Inilah aktiviti rutin yang dilakukan oleh kami, dengan slogan ‘Berkhidmat Untuk Semua’ aktiviti ziarah pesakit, yang uzur atau kematian tersebut akan dibuat hampir setiap hari,
“mana-mana individu warga Besut diziarahi walau pun di kalangan ahli serta penyokong Umno dan Barisan Nasional (BN),” ujar beliau, yang juga Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu.


“Jika tidak atas nama parti (PAS) pun saya buat atas nama NGO (Badan Bukan Kerajaan) yang kita ada untuk mendekati para pesakit yang pelbagai latar belakangnya.
“apa yang penting mesej kita (parti) sampai, sebab orang kenal siapa saya (mewakili PAS Besut) dan kita dapat dekati semua orang tanpa mengira fahaman politik PAS, Umno atau yang berkecuali (bebas),”jelas beliau.
Katanya, sambutan yang diterima daripada masyarakat dan individu yang diziarahi itu amat positif





























