Banggol Donas; Kerajaan Perlu Berfikir Semasak-masaknya

2126

KUALA NERUS – Ura-ura menyatakan beberapa agensi kerajaan sedang dikerah ke kampung warisan Banggol Donas esok Isnin 14 Septdmber, untuk merobohkan rumah rakyat.

Menurut Yang Dipertua PAS Kuala Nerus, M. Shukrimun Shamsuddin, kes tersebut masih dalam proses mahkamah dan sebarang tindakan tanpa kelulusan mahkamah adalah salah.

“Jika benar, satu lagi kezaliman penguasa akan berlaku esok di negeri Terengganu. PAS sebagai pejuang keadilan dan nasib rakyat tidak akan sesekali berdiam diri tanpa sebarang ikhtiar.

“Pastinya hasrat penguasa untuk memenuhi segala desakan kroni tidak akan menemui jalan mudah esok,”ujarnya dalam satu kdnyataan petang Ahad.

shukrimunMantan Ahli Parlimden Kuala Nerus itu menyifatkan tjndakan yang bakal diambil oleh kerajaan Umno Terengganu asalah terburu-buru dan zalim.

“kerana proses undang2 menentukan status tanah Banggol Donas yg terlibat dgn pembinaan jalan belum selesai, kami menganggap apa saja tindakan yang dibuat oleh mana-mana pihak terhadap tanah-ta ah dan apa-apa premis yg berada di atasnya adalah terburu,

“Oleh kerana masih terdapat lagi individu yg mendiami dan memanafaatkan premis tersebut maka sebarang tindakan yang boleh menjejaskan kehidupan individu terbabit dianggap zalim,”jelasnya.

Oleh yang ddmikisn, katanya, sejajar dengan pendirian PAS yang istiqamah menentang kezaliman maka pihaknya tidak akan membiarkan kezaliman beroaku.

Justeru itu, beliau menyeru kepada semua pihak ysng bertanggungjawab dan prihatin agar melibatkan diri dalam mencegah kemungkaran yang dianggap amat serius ini.

Namun begitu, beliau mengharapkan pihak kerajaan memikirkan semasak-masaknya sebelum mengambil sebarang tindakan yang tidak diingini.

“Kami sangat berharap agar pihak berwajib memikirkan semasak-masaknya dan lebih rasional dalam menangani isu-ish yang boleh menjejaskan kehidupan dan hak-hak rakyat agar perkara-perkara yang tidak diingini dapat dielakkan,”tambahnya