HARAP 3.2; Qaryah Pulau Serai Siap Sedia Terima Pengunjung

1560

Oleh ; TMS

DUNGUN – Hanya bebrapa hari lagi Daerah Dungun dijangka akan menerima kedatangan ribuan orang tetamu dari seluruh pelosok Negeri Terengganu khususnya dan luar Terengganu amnya.

IMG-20150912-WA0097Pendokong dan penyokong PAS dari seluruh Negeri Terengganu akan beramai-ramai  hadir untuk menyertai HIMPUNAN HARAPAN SEMUA (HARAP 3.2) yang akan berlansung bermula dari 17, 18 & 19 hb September 2015 di Pulau Serai, Dungun , Terengganu.

Menurut  Pengarah Persiapan programnya, yang juga merupakan ADUN Rantau Abang, Cikgu Haji Alias Harun berkata HARAP 3.2 ini merupakan satu program yang amat bermakna bagi Pas Kawasan Dungun dan DUN Rantau Abang khasnya kerana bertepatan dengan tema PAS Harapan Untuk semua.Ini kerana Dun yang dimenangi oleh Pas ini dengan majority 141 perlu dipertahankan pada PRU 14 kan datang.

IMG-20150912-WA0100“Dengan adanya program himpunan ini dapat kita menonjolkan agenda Pas bagi melaksanakan Negara Berkebajikan dan agenda rakyat sebagai yang utama.”

“Semua infrastruktur sudah dibangunkan termasuk pintu gerbang, pentas utama, khemah peserta, khemah urusetia, tandas dan tapak untuk gerai jualan dan pameran.

Katanya, gotong royong secara agresif dibuat sejak 4hb September 2015 lagi bagi memastikan semua kemudahan siap seperti yang dirancang sebelum 16hb September.

Katanya, seramai kira-kira 40 hingga 60 orang pemuda menyertai aktiviti gotong royong setiap sesi dan ianya telah dimulakan sejak awal September yang lalu.

IMG_20150830_135327“Mulai hari ini sehingga hari Rabu 16hb September kita letakkan target sebagai hari akhir persiapan, kerja-kerja akan diteruskan setiap hari dan menjelang pag Khamis,

“Tapak HARAP 3.2 di Pulau Serai ini dalam keadaan 100% bersedia untuk menerima tetamu dan pengunjung,”jelasnya ketika ditemui di tapak program di sini semalam.

Beliau yang juga Pengarah MTD Rantau Abang memaklumkan, PAS DUN Rantau Abang menggazetkan masjid-masjid dan markaz-markaz untuk kegunaan peserta dan pengunjung rehat, solat dan mandi.

Justeru, beliau yang juga Ketua Penerangan PAS kawasan Dungun, menyeru semua rakyat Terengganu bersama-sama datang beramai-ramai untuk memeriahkan HIMPUNAN HARAPAN SEMUA (HARAP 3.2) yang akan berlansung bermula dari 17, 18 & 19 hb September 2015 di Pulau Serai, Dungun , Terengganu