Semangat Pakatan Rakyat Bukan Semangat Mana-mana Parti – Iskandar

1155

SHAH ALAM – Naib Presiden PAS Datuk Iskandar Abdul Samad menegaskan, kemenangan PAS pada PRU12 dan PRU13 bukan kerana semangat Pakatan Rakyat (PR) semata-mata dan bukan juga semangat mana-mana parti dalam PR.

Menurutnya, ia adalah semangat bersama-sama, rakyat semua kaum untuk membuat perubahan bagi menukar Umno-BN yang sudah ‘menyeleweng’ dari tampuk pemerintahan.

Iskandar Samad“Saya rasa semangat PR itu bukan semangat DAP atau PKR, ia semangat bersama, kalau kita lihat gelombang pada 2008 dan 2013 adalah gelombang bersama,

“tempat yang dimenangi oleh DAP juga ada (undi) orang Melayu di situ, saya berpendirian bahawa parti-parti PR perlu bersama jika nak pertahankan kerajaan, ataupun nak memberi sesuatu tekanan kepada BN,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui hadir pada program Kongres Rakyat yan diadakan di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sutan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini semalam 12 September.

Menurut Pesuruhjaya Pas Selangor itu lagi, keadaan politik d inegara ini memang bukan politik ‘kekuatan bersendirian’ dan mana-mana parti termasuk dalam Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat tidak boleh mendakwa mereka ada parti yang boleh memerintah sendiri.

Sehubungan itu, beliau menjelaskan, kekuatan PAS di Selangor jauh lebih hebat dari parti serpihan PAS yang baru ditubuhkan berdasarkan jumlah ahli parti masing-masing.

IMG-20150913-WA0006“Sebelum ini, parti baharu itu mensasarkan boleh menarik 3,000 ahli, tapi kita mempunyai 90,000 ahli PAS di Selangor,

“kalau boleh capai sasaran mereka, namun ia hanya beberapa peratus dan jauh dari jumlah ahli PAS,” katanya lagi.

Semalam juga, pada program PIHAK peringkat negeri Selangor, beliau menerima penyerahan borang permohonan keahlian baharu PAS seramai 6,000 orang