Puluhan Ribu Berhimpun Sokong Terima Pelarian

1096

Berpuluh-puluh ribu penunjuk perasaan berkumpul di ibukota Denmark dan United Kingdom untuk membantah pendirian kerajaan mereka mengenai krisis pelarian, sementara beberapa siri demonstrasi lain telah dirancang di Jerman, Sepanyol dan Perancis.

Polis Denmark menganggarkan 30,000 orang telah berkumpul di luar bangunan Parlimen Denmark di Copenhagen pada hari Sabtu, menjerit slogan “Pelarian adalah dialu-alukan”.

Bantahan secara aman pada hari Sabtu itu datang selepas Denmark membuat kenyataan pada Jumaat bahawa negara itu telah menerima sebahagian yang wajar daripada pencari suaka dan tidak akan mengambil bahagian dalam cadangan oleh Suruhanjaya EU untuk berkongsi menerima 160,000 pelarian lain.

COtQwQuWgAALexlSementara itu, berpuluh-puluh ribu rakyat Britain berhimpun di pusat bandar London, menggesa kerajaan mereka untuk melakukan lebih banyak bagi membantu pelarian Syria.

Beberapa ribu orang boleh dilihat berarak di pusat bandar London ke pejabat Perdana Menteri, David Cameron, mengangkat sepanduk bertulis; “Buka Sempadan” dan “Masuk Pelarian, Keluar Tories”.

Beribu-ribu para demonstran juga berkata bahawa Britain harus melakukan banyak lagi usaha membantu para pelarian.

“Perhimpunan ini menyatakan, bahwa kerajaan adalah salah dalam pendirian mereka terhadap pelarian,” kata seorang penunjuk perasaan, Dusan Petkovic, kepada agensi berita AFP.

Mereka menyifatkan David Cameron lambat bertindak dan membiarkan lebih banyak pelarian Syria menghadapi krisis di Eropah dengan kejadian tegang meningkat.

Pada minggu lepas Eropah hanya bersetuju untuk mengambil 20,000 orang dalam tempoh lima tahun.

Sementara itu, beratus-ratus orang lain bangkit menyokong pelarian di Dublin, Ireland, Budapest di Hungary dan The Hague di Belanda