Biarlah Ku Duka Nak Berehat, Terpulang Kepada Dia……….

1406

KUALA TERENGGANU – Ahli dan penyokong PAS tidak boleh rasa kecewa dn tidak boleh bersungut pun dalam melaksanakan kerja-kerja untuk menegakkan agama Alah.

Mantan Pesuruhjaya PAS negeri Terengganu Haji Mohd Abdul Wahid Endut berkata,beliau tidak tahu mengapa Tengku Seri Paduka Raja Tengku Ibrahim Ibnu Almarhum Sultan Ismail Nasharuddin Shah, bertindak keluar daripada PAS.

Katanya, beliau tidak mahu bertanya pun, mengapa Tengku Paduka yang menyertai PASpada tahun 2012 itu bertindak demikian.

“saya tak tahu mengapa dia keluar dan saya pun tak Tanya mengapa dia keluar dari PAS, itu terpulang kepada dia, mungkin dia kecewa atau pun (sebab) peribadi,

“kita dalam parti tak boleh rasa kecewa, nak besrsungut pun tak boleh (dan) sepatutnya kita kena buat kerja kerana Allah tak Tanya kita menang atau tidak, tapi Allah tanya kita buat kerja (menegakkan Islam) atau tidak,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Tengku Paduka yang dilaporkan mengisytiharkan keluar dari parti kerana menganggap PAS ‘tidak akan ke mana-mana’.

https://youtu.be/tatU90i4tmM

Mengulas lanjut Haji Wahid yang juga ADUN Wakaf Mempelam beliau kenal lama dengan Tengku Paduka sejak dalam Parti Semangat 46 dahulu.

Katanya, ketika Tengku Paduka menjadi ADUN Tanggol, beliau sering menemani Tengku Paduka untuk menghadiri program dan ceramah di kawasan itu.

Oleh itu, mantan Ahli Parlimen Kuala Terengganu itu menganggap Tengku Paduka yang sudah ‘agak berumur’ itu mengambil tindakan demikian untuk berehat.

Namun Haji Wahid menganggap ia terlalu ‘gampang’ kepada Tengku Paduka yang sepatutnya tidak bertindak demikian.

“Orang kata naaknya (seperti) kata orang Indonesia tu ‘gampang sangat’ lah (tak tahan) dengan ujian, jadi biarlah dia nak berehat,

“mungkin dia nak beri laluan kepada orang-orang yang lebih muda,”jelasnya