Surah Yunus 88-89:
وَقَالَ مُوسَىٰ رَبَّنَا إِنَّكَ آتَيْتَ فِرْعَوْنَ وَمَلَأَهُ زِينَةً وَأَمْوَالًا فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا رَبَّنَا لِيُضِلُّوا عَنْ سَبِيلِكَ ۖ رَبَّنَا اطْمِسْ عَلَىٰ أَمْوَالِهِمْ وَاشْدُدْ عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ فَلَا يُؤْمِنُوا حَتَّىٰ يَرَوُا الْعَذَابَ الْأَلِيمَ
Dan Nabi Musa pula (merayu dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau telah memberikan kepada Firaun dan ketua-ketua kaumnya barang-barang perhiasan dan harta benda yang mewah dalam kehidupan dunia ini. Wahai Tuhan kami! (Kemewahan yang Engkau berikan kepada mereka) akibatnya menyesatkan mereka dari jalanMu (dengan sebab kekufuran mereka). Wahai Tuhan kami! Binasakanlah harta benda mereka dan meteraikanlah hati mereka (sehingga menjadi keras membatu), maka dengan itu mereka tidak akan dapat beriman sehingga mereka melihat azab yang tidak terperi sakitnya.
قَالَ قَدْ أُجِيبَتْ دَعْوَتُكُمَا فَاسْتَقِيمَا وَلَا تَتَّبِعَانِّ سَبِيلَ الَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ
Allah berfirman: “Sesungguhnya telah dikabulkan doa kamu berdua; oleh itu hendaklah kamu tetap (menjalankan perintahKu seterusnya), dan janganlah kamu menurut jalan orang-orang yang tidak mengetahui (peraturan janjiKu)”.
2. Ayat yang dibaca walaupun mengisahkan kepada nabi Musa tetapi ssbenarnya dituju kepada nabi kita dan orang yang memperjuangkan Islam hingga ke hari kiamat. Perjuangan tidak mati walaupun mati pendokongnya. Allah lahirkan kumpulan Islam untul meneruskannya. Allah menyatakan sifat-sifatnya dalam Quran. Dalam surah ali Imran 104. Menyeru kepada kebajikan ialah tajuk kepada kumpulan ini iaitu Islam dan diajar oleh nabi Muhammad. Bagi menegakkannya mestilah amar ma’ruf nahi mungkar.
2. Kerana di kalangan mereka ada pengacau. Berlaku perlawanan antara golongan yang menegakkan Islam dan penentangnya. Allah berfirman dalam Surah al Hajj 40-41
الَّذِينَ أُخْرِجُوا مِنْ دِيَارِهِمْ بِغَيْرِ حَقٍّ إِلَّا أَنْ يَقُولُوا رَبُّنَا اللَّهُ ۗ وَلَوْلَا دَفْعُ اللَّهِ النَّاسَ بَعْضَهُمْ بِبَعْضٍ لَهُدِّمَتْ صَوَامِعُ وَبِيَعٌ وَصَلَوَاتٌ وَمَسَاجِدُ يُذْكَرُ فِيهَا اسْمُ اللَّهِ كَثِيرًا ۗ وَلَيَنْصُرَنَّ اللَّهُ مَنْ يَنْصُرُهُ ۗ إِنَّ اللَّهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ
Iaitu mereka yang diusir dari kampung halamannya dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar, (mereka diusir) semata-mata kerana mereka berkata: “Tuhan kami ialah Allah”. Dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong ugamaNya (ugama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa; –
الَّذِينَ إِنْ مَكَّنَّاهُمْ فِي الْأَرْضِ أَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآتَوُا الزَّكَاةَ وَأَمَرُوا بِالْمَعْرُوفِ وَنَهَوْا عَنِ الْمُنْكَرِ ۗ وَلِلَّهِ عَاقِبَةُ الْأُمُورِ
Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.
3. Dua bahagian penting dalam perjalanan nabi dari awal hingga ke akhir perjuangan nabi. Pertama thawabit (tetap tidak berubah dan berganjak), kedua mutaghayirat (berubah). Pengikut nabi mesti mengikut acuan ini.
4. Perkara yang tetap iaitu aqidah perjuangan (keimanan pada hari akhirat, dosa dan pahala), dasar dan matlamat. Dan dalam hal ini kita tidak boleh berganjak. Allah menegaskan perkara asas ini di dalam Quran surah Nisa 104:
وَلَا تَهِنُوا فِي ابْتِغَاءِ الْقَوْمِ ۖ إِنْ تَكُونُوا تَأْلَمُونَ فَإِنَّهُمْ يَأْلَمُونَ كَمَا تَأْلَمُونَ ۖ وَتَرْجُونَ مِنَ اللَّهِ مَا لَا يَرْجُونَ ۗ وَكَانَ اللَّهُ عَلِيمًا حَكِيمًا
Dan janganlah kamu lemah (hilang semangat) dalam memburu musuh (yang menceroboh) itu; kerana kalau kamu menderita sakit (luka atau mati) maka sesungguhnya mereka pun menderita sakitnya seperti penderitaan kamu; sedang kamu mengharapkan dari Allah apa yang mereka tidak harapkan (iaitu balasan yang baik pada hari akhirat kelak). Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
Harapan kita adalah harapan keredaan Allah. Kedua dasar perjuangan, perhitungan halal dan haram. Yang ketiga matlamat perjuangan sehingga berdaulat sehingga mendapat keredaan.
5. Pendekatan, taktik dan strategi adalah perkara mutaghayirat. Rasulullah mengambil mengambil pendekatan faedah dari semangat asobiyah yang suka membela orang dizalimi. Tahaluf dan menerima bantuan orang Musyrikin. Tapi apabila Abu Talib memberi tawaran yang diberi oleh pemimpin Mekah, terima kuasa tanpa menegakkan Islam, maka ditolok oleh nabi dengan tegas.
6. Dalam peperangan Badar, musuh berlipat kali ganda, datang orang Musyrikin untuk membantu orang Islam. Rasulullah menolaknya sehingga orang Musyrikin tersebut masuk kedalam Islam, barulah diterima tawaran orang tersebut untuk membantu.
Namun dalam Fath Makkah, ketika jumlah tentera Islam ramai. Rasulullah memanggil Hakim (pemimpin Musyrikin) seraya berkata Aku tahu dirumahmu ada tombok (dan alatan perang lain), pergi ambil. Hakim bertanya adakah rampas atau pinjam, maka nabi menjawab pinjam. Rasulullah menggunakan bantuan orang Musyrikin ketika orang Islam kuat.
Pendekatan ulama’ dalam menafsirkan hadith, hukum akhir menasakhkan hukum pertama. Ulama mengatakan kerjasama dengan orang bukan Islam adalah kerana mesej dakwah. Menerima bantuan ketika kuat dan menolak ketika lemah.
7. Jawatankuasa politik membincang taktik dan strategi, Majlis Syura ulama’ menbincang tentang perkara tawabit. Ini keistimewaan Pas. Pas pernah kerjasama dengan Umno ketika menuntut kemerdekaan, walau kita berbeza. Tapi dari sudut nak suruh penjajah keluar dulu, kita berpakat. Selepas penjajah keluar, kita berlawan. Kita mahu negara Islam, Umno mahu negara sekular.
Tahun 2000 kita dibanjiri ahli baru yang menyaksikan kerjasama yang anjal ‘flexible’. Kerjasama politik anjal. Kita kerjasama menentang Isa, pilihan raya yang bebas, pilihan raya yang adil, menyelesai rasuah. Penyelesaian kita Islam. Dalam Isu 1MDB orang bertanya apa sikap kita, maka sikap kita Islam. (Huraian lain tidak sempat dicatat).
Tidak selesai penyelesaian dengan pertukaran perdana menteri. Selagi tidak ada penyelesaian Islam, tidak selesai.
8. Isu Majlis perbandaran. Kita tidak setuju. Sebuah bandar tidak akan hidup dengan satu kaum sahaja. Kita orang Islam mesti fikir. Kalau orang dia berkumpul dalam bandar untuk menghalalkan arak, kita nak buat apa, nak sengih sahaja…
9. Hukum Islam ialah hukum yang mendidik masyarakat bukan hanya menghukum. Kesilapan hakim membebaskan orang yang bersalah adalah lebih baik daripada tersilap dalam memberi hukuman kepada yang tertuduh.
10.Terkadang Allah menolong Islam dengan orang Jahat. Kenapa? Kerana orang baik penakut.
11. Kita kena istiqamah dalam perkara tawabit dan bijak dalam perkara mutaghayirat.
Catatan,
Abdul Latif Al Marangi,
3 Ogos 2015




























