KUALA TERENGGANU – Daripada 9000 unit Projek Perumahan Baru Generasi Felda ( PGBF) yang dibina oleh Felda, namun peneroka Felda Terengganu terus dipinggirkan.
Justeru itu, Pengerusi Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Terengganu (ANAK) menyeru warga Felda negeri ini melihat secara serius, ia adalah satu penafian, peluang memiliki kediaman sendiri anak generasi felda.


“Malang berganda apabila projek ini menjadi hutan belukar dan tiada tanda ianya akan diteruskan. Terbaru pihak Felda mengumumkan satu lagi PGBF ini akan dibina di Felda Chalok Barat tetapi masih menjadi tanda tanya warga generasi baru Felda,”ujarnya.
Oleh itu, pihak ANAK Terengganu memandang serius penafian projek ini dan mendesak pihak kerajaan negeri memberi tumpuan yang khusus bukan hanya menjadikannya sebagai umpan semasa piliharaya.
“Saya juga mendesak MBFM Wilayah Terengganu membuat sesuatu kerana mereka mempunyai saluran dan hubungan kerajaan yang memerintah. Kita Anak generasi Felda mesti bangkit menuntut hak ini,”jelasnya
Kata beliau, 21 Tanah Rancangan di Terengganu sangat memerlukan Projek Perumahan ini dilaksanakan dengan segera.
“Jika dalam masa terdekat Pihak Felda terus berdiam diri berhubung masalah ini, kami dari ANAK akan menghantar memorundum kepada pihak Kerajaan Negeri dan Felda,”tegas beliau.






























