Isu Wang Tabung Haji; PAS Tubuhkan Jawatankuasa Bertindak

1334

Melihatkan perkembangan berkenaan isu wang Tabung Haji digunakan untuk menyelamatkan 1 MDB, PAS akan menubuhkan satu Jawatankuasa Bertindak pada Ahad, 10 Mei 2015.

Menurut Ketua Penrangannya, Dato’ Mahfuz Omar, ia akan melibatkan tenaga pakar daripada pelbagai sektor dan wakil pendeposit Tabung Haji.

“Isu ini perlulah dipandang serius oleh semua pihak kerana Tabung Haji merupakan institusi mulia yang dimiliki ummat Islam di Malaysia.

tabung-haji-trx-exchange“Amatlah tidak wajar, wang simpanan hasil titik peluh mereka digunakan untuk menyelamatkan syarikat bermasalah, 1 MDB yang juga merupakan syarikat milikan kerajaan,”ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, Jawatankuasa Bertindak itu nanti akan memantau, mengumpul maklumat, menganalisa, dan bertindak.

“demi mempertahankan hak para pendeposit Tabung Haji daripada menjadi mangsa akibat kegagalan pihak kerajaan menguruskan 1 MDB.
“Hakikatnya, isu Tabung Haji ini bukanlah yang pertama, ia telah pun berlaku dahulu pada skandal Perwaja, MAS, PKFZ dan terkini Felda dan 1 MDB ini,”jelas beliau.

Oleh itu, PAS mengingatkan dengan tegas kepada Kerajaan BN-UMNO pimpinan PM Najib, jangan menggadaikan institusi ummat Islam ini.

Beliau mempersoal kerajaan, “di manakah pendekatan Wasatiyyah dan Maqasid Syariah yang dicanang, jikalau Tabung Haji boleh dipergunakan sedemikian rupa?.”

“Rakyat di Rompin dan Permatang Pauh sudah pun memberikan signal dan loceng amaran kepada BN, dan gelombang perubahan ini akan terus berkekalan sehingga PRU 14 kelak, insyaAllah,”tambah beliau.