Rombongan Pertama Misi Kemanusiaan Nepal

1181

Pasukan penyelamat pertama untuk Misi Kemanusiaan Nepal sedang berada di negara tersebut ketika ini.

Pasukan tersebut diketuai oleh Presiden Yayasan Amal Malaysia, Haji Hussin Ismail, dan turut serta dalam misi itu adalah dua orang doktor perubatan dan empat orang sukarelawan.

IMG-20150508-WA0015Misi kali ini adalah bertujuan membuat tinjauan dan pemerhatian kesan gempa yang melanda serta membawa bantuan perubatan dan barangan keperluan harian kepada mangsa – mangsa gempa bumi di Nepal yang berlaku pada 25 April 2015 yang lalu.

Laporan terkini menyatakan seramai lebih 7750 kematian, 17261 mangsa mangalami kecederaan dan 10 juta rakyat dari 28 juta terkesan dalam gampa bumi yang terburuk sejak 1934.

Yayasan Amal akan melihat lebih terperinci jenis bantuan yang amat diperlukan dan akan dihantar pada misi seterusnya, dalam tempoh terdekat.

IMG-20150508-WA0016Wakil Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu (YAMCT) dalam misi terbabit ada Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah.

Beliau telah pun mendarat di lapangan terbang antarabangsa Kathmandu pada jam 6 petang waktu Malaysia (3.45 petang waktu Nepal), di sambut oleh Kursyeed Ahmad, wakil dari pertubuhan Islamic Sangh of Nepal, sebuah pertubuhan dakwah di negara itu.

Menurut laporan yang diterima pihak kami, rombongan tersebut akan pergi ke wilayah Gurkha, Nepal, di mana, umat Islam minoriti yang juga menjadi mangsa teruk di sana.

Maklumat awal yang diterima juga menyatakan, keperluan yang mendesak adalah tempat perlindungan kerana keseluruhan rumah mereka telah ranap.

Justeru itu Yayasan Amal Malaysia melancarkan dana bencana untuk Nepal (#pray4nepal) bagi menyumbang keperluan tersebut. Pasukan kedua misi bantuan kemanusiaan ke Nepal akan bertolak pada 14 Mei 2015 yang akan diketuai oleh Bendahari, Zaman Abdullah.

Segala bentuk sumbangan bolehlah disalurkan melalui akaun Maybank Islami atas nama Amal Terengganu Dana Bencana nombor akaun 563064131947.

Dr Suhazeli Abdullah
Pengerusi YAMCT
suhazeli@yamct.org.my
7 hb Mei 2015