Pagi semalam, Sekretariat TOLAK GST menerima satu poster palsu yang memaklumkan Himpunan TOLAK GST akan diadakan di Perkarangan Mydin Mall. Sekretariat TOLAK GST melihat ianya merupakan suatu cubaan menggagalkan program yang dianjurkan oleh kami.
Alhamdulillah, secara tidak langsung poster berkenaan membantu kami dalam mempromosikan Himpunan TOLAK GST yang akan berlangsung esok.
Berikut adalah maklumat dan pergerakan program TOLAK GST.


Tempat : Taman Awam Batu Burok
Tema : HITAM
4:45 Petang
FLASHMOB di Lampu Isyarat ke Taman Awam Batu Burok
5:00 Petang
BUSKING santai dan lagu TOLAK GST di PENTAS TOLAK GST
(sekitar A&W dan Taman Permainan)
5:30 Petang
PIDATO TOLAK GST
(Peserta FLASHMOB akan berada di sekitar PENTAS TOLAK GST)
6:30 Petang
Dijangka bersurai
Bagi memastikan perjalanan program lancar, peserta digalakkan bersolat Asar di sekitar Taman Awam Batu Burok. Peserta juga digalakkan membawa SEPANDUK TOLAK GST dengan kreativiti tersendiri. Peserta adalah dilarang menimbulkan provokasi terhadap orang ramai yang mengunjungi Pantai Batu Burok.
Disediakan oleh:
Zaidah Abdullah
Sekretariat TOLAK GST
#Orang Ganu TOLAK GST





























