Banggol Donas Ke Putrajaya; Seluruh Rakyat Diseru Beri Sokongan

1107

KUALA TERENGGANU – Seluruh rakyat Malaysia yang prihatin dan menentang kezaliman kerajaan Umno-BN diseru agar turun beramai-ramai ke Mahkamah Rayuan di Putrayajaya bagi menyokong penduduk Kampung Banggol Donas.

Menurut Ahli Parlimen Kuala Nerus Dr. Ustaz Khairuddin Aman Razali, penduduk yang telah menjadi mangsa rampasan tanah secara paksa dan tidak mengikut peraturan telah membawa kes tersebut dan rayuannya akan didengar pada Rabu, 11 Mac, 2015.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita14/perbincanga%20meja%20bulat%20banggol%20donas.jpg“In sha Allah pada hari Rabu (11 Mac 2015), Jawatankuasa Bertindak Kampong Banggol Donas, Parlimen Kuala Nerus akan ke Mahkamah Rayuan di Putrajaya bagi mendengar kes rayuan berhubung isu pengambilan tanah Kampung tersebut untuk tujuan pembinaan jalan susur LPT.

“Berikutan itu, ia telah meenjadikan 22 keluarga mangsakan tanah yang dirampas secara paksa dan tidak berperaturan,”ujarnya dalam satu kenyataan.

Oleh itu, beliau merayu dan menyeru kepada sekalian warga Malaysia untuk memberikan sokongan dan bersolidariti bersama Jawatankuasa Bertindak Tanah Banggol Donas bagi membela hak penduduk yang menjadi mangsa kezaliman dan penindasan pemerintah.

Sehubungan itu, Lujnah Penggerak Demokrasi Dan Mobilisasi Rakyat (Demi) mengucapkan syabas di atas kecekalan pejuang pejuang hak tanah rakyat itu, menyambung siri bantahan rakyat terhadap pelbagai isu rampasan tanah sebelumnya.

Ketua Sekretariat NGO bagi DEMI, Haji Ahmad Amzad Hashim berkata tanah kampung Banggol Donas dimiliki secara sah turun temurun dan bergeran, namun tiba-tiba ia bertukar milik.

“tiba-tiba bertukar milik diambil kerajaan Terengganu sedangkan pemilik belum bersetuju atas harga pampasan malah belum menerima apa apa pun,

polis gempur banggol donas1“Jawatankuasa Bertindak Tanah Kampung Banggol Donas akan hadir ke Mahkamah Rayuan Putrajaya bagi mendengar rayuan mengenepikan notis 425 yang tidak sah mengikut Akta Pengambilan Tanah 1960,”ujarnya.

Beliau berkata, kes pengambilan tanah kampung Banggol Donas pernah ditegur oleh Ketua Audit Negara dalam laporannya.

Oleh itu, beliau mengajak seluruh rakyat memberi sokongan moral kerana katanya, kerajaan Umno-BN tidak harus dibiarkan, melanggar peraturan dan bertindak zalim ke atas rakyat.

“Perjuangan mereka perlu diberi sokongan moral dan apa sahaja kerana kerajaan tidak harus dibiarkan tidak mematuhi peraturan yg mereka tetapkan sendiri,

“lebih lebih lagi dalam keadaan rakyat menjadi mangsa walau sekalipun di atas nama pembangunan,”jelasnya.

– Klik – Rujuk Isu Tanah Banggol