Ijtimak Tarbawi 4.0; Pak Daeng dan ‘Kit Usrah’

1857

KUALA TERENGGANU – Selain dari pelancaran ‘Kit Usrah’ Ijtimak Tarbawi 4.0 membawa satu kejutan dengan ‘kembali semula’ tokoh lama PAS, Ustaz Dr Daeng Sanusi Daeng Mariok atau yang lebih dikenali sebagai Pak Daeng.

Menurut Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi, Pak Daeng yang kini berusia 76 tahun, sihat dan begitu bersemangat ini mengisi sesi motivasi bersama tokoh yang akan mencurahkan pengalamannya kepada para pemuda.

Katanya, pihak beliau juga akan melancarkan ‘Kit Usrah’, satu sistem yang memantau perjalanan usrah pemuda di seluruh negara.

“Pak Daeng sihat………cukup bersemangat untuk hadir Ijtimak Tarbawi kali ini, perasmian akan disempurnakan oleh Setiausaha Majlis Syura Ulamak Ustaz Nik Zawawi Salleh,

“kemudian ada beberapa benda lah malam tu……antaranya Lajnah Tarbiyah nak lancer ‘Kit Usrah….. satu kaedah untuk kita memantau di peringkat negeri dan juga kebangsaan,”ujarnya ketika ditemui.

Screenshot (466)Khalil berkata, ‘Kit Usrah’ berbeza dengan pembinaan Usrah sebagai Unit Kerja Jamaah (UKJ) yang telah diasaskan semasa almarhum Ustaz Abu Bakar Chik menjadi Ketua Pemuda PAS Pusat.

“Kita tahu usrah di semua peringkat berjalan samada dengan tersusun atau tak tersusun. Kita sebelum ni ada satu kaedah untuk memantau usrah-usrah samada negeri atau kawasan-kawasan.

“Kaedah sebelum ini adalah kaedah Ketua Lujnah Tarbiyah, dia maklum kepada Ketua Tarbiyah Pusat dalam mesyuarat. Contoh kalau negeri Terengganu, dia buat Usrah, kawasan-kawasan, ada tahau (makluman atau) tak. Jadi macam tu lah. Ada ke tak ada. Jadi tak ada secara bertulis,”jelasnya.
Oleh itu, kata beliau, melalui ‘Kit Usrah’ apabila ia dilaksanakan nanti akan menggerakkan Naqib usrah sebagai memantau dengan lebih sistematik, mencatatkan kekerapan usrah dan pengisian yang dibuat.

Ustaz Khalil berkata, beliau selaku Pengerusi Lujnah berhasrat untuk melaksanakan tarboyah dikalangan pemuda dengan lebih berkesan supaya tidak berlaku ‘kecelaruan fikrah’ dalam PAS.
“Jadi kita berhasrat untuk tarbiyah ahli-ahli pemuda ini dengan lebih berkesan pada masa-masa yang akan datang dan saya yang diamanahkan memegang Lujnah Tarbiyah ini menjadi harapan dan juga cita-cita saya,

“untuk melihat agenda tarbiyah di kalangan pemuda-pemuda di semua peringkat ini kita dapat lakukan dengan lebih baik dan lebih tersusun.

“cabaran tarbiyah dalam PAS ini sangat besar sebab dia merangkumi semua peringkat, pemikiran ahli-ahli. Ada yang sesuai dengan tarbiyah umum, contohnya, ceramah-ceramah, dan ada yang memerlukan tarbiyah secara khusus,”ujarnya lagi.

IMG-20141204-WA0060Justeru, bersempena tema ‘Tarbiyah Teras Istiqamah’ bagi Ijtimak Tarbawi tahun ini, Ustaz Khalil turut merancang untuk menganjurkan ‘Tamrin’ kepada ahli-ahli baru PAS khususnya di kalangan pemuda-pemuda.

“dalam tu ada modul, kita nak memperkenalkan PAS sebagai sebuah gerakan politik, gerakan dakwah dan juga gerakan tarbiyah, ini adalah satu agenda yang sangat penting untuk memastikan kesinambungan dalam perjuangan Islam PAS itu sendiri sebab kita tak boleh bergantung kepada kuantiti ahli-ahli PAS sahaja, tapi kita perlu kepada melihat kepada kualiti ahli-ahli PAS.

“Jadi untuk meastikan ahli-ahli PAS khususnya di kalangan pemuda-pemuda mempunyai ahli yang berkualiti dari segi semua aspek adalah dengan agenda tarbiyah, sebab itu lah agenda tarbiyah ini menjadi tonggak penting kepada Gerakan Pemuda PAS,”tambah beliau.

Ijtimak Tarbawi 4.0 tahun 2014 akan diadakan pada 5, 6 dan 7hb Disember, bermula selepas Jumaat di Yayasan An-Nahdoh, Permatang Pauh, Pulau Pinang.

Beliau menyeru kepada para pemuda Islam daripada seluruh pelusuk negara, samada pendokong dan aktivis PAS di semua peringkat ataupun di kalangan anak-anak muda yang menyokong perjuangan Islam, agar tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama menjayakan Ijtimak Tarbawi 4.0