55 Peratus Pelajar Lepasan PASTI Duduk Dalam Kelas ‘A’ Sekolah Rendah

2158

KUALA TERENGGANU – Kesungguhan dan keikhlasan para guru dan pendidik yang berkhidmat dalam institusi pendidikan PAS telah membuahkan kejayaan yang cemerlang kepada bekas-bekas pelajarnya, dalam pencapaian akademik dan kerjaya

ihtifal pasti p redangAhli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, Ustaz Hishamuddin Abd Karim tidak malu bahkan berbangga untuk mengaku bahawa beliau adalah ‘hasil keluaran’ Ma’ahad Darul Quran (MDQ) sekolah yang ditadbir oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Bahkan, kata beliau, bekas-bekas pelajar institusi pendidikan yang dibangunkan oleh PAS kini sudah bertaraf Professor Madya di menara-menara gading, menjawat jawatan tinggi di sektor kerajaan dan swasta.

“yang keluar daripada PASTI termasuk sekolah-solah yang ditaja (dibangunkan) oleh PAS, kini membarisi antara orang-orang yang utama (dalam negara),

iktifal pasti p redang“saya keluaran (Ma’ahad) Darul Quran, ‘tubik’ dari sekolah Rusila yang ditadbir oleh Tok Guru Haji Hadi dan saya pernah bekerja dalam Petronas,

“kita masuk (bekerja) bukan kerana ‘kabel politik’ tetapi kerana keupayaan (yang kita ada) memberi maksud walaupun kami keluaran sekolah PAS, macam PASTI (tapi berjaya),”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Konvokesyen PASTI An-Nadwah Pulau Redang pada Isnin 10 November.

Sehubungan itu, Hishamuddin yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Terengganu mendedahkan bahawa, 55 peratus anak-anak lepasan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) duduk dalam kelas ‘A’ disekolah-sekolah rendah.

Screenshot (352)Beliau berkata, melalui semakan yang dibuat di beberapa buah sekolah rendah di daerah Kemaman, lebih daripada separuh murid dalam ‘kelas hadapan’ itu adalah datang dari PASTI.

“daripada didikan PASTI sekarang ini apabila mereka masuk UPSR (dapat) keputusan cemerlang, saya buat semakan dengan guru-guru (sekolah rendah) di daerah Kemaman,

“yang duduk dalam kelas gred ‘A’, kelas yang pertama, 55 peratus adalah pelajar (lepasan) PASTI, saya yakin kerana didikan yang lahir dari lubuk hati yang ikhlas oleh para guru,

“mereka mendidik sungguh-sungguh anak-anak (PASTI) kita ini, walaupun mereka (para guru) tidak dibayar dengan gaji yang tinggi,”jelasnya.

http://youtu.be/0qC6BZ1bv_s