MELAKA – Kenaikan kos sara hidup, cukai tanah dan cukai pintu antara perkara yang menjadi kebimbangan penduduk Dewan Undangan Negeti (DUN) Bukit Katil menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijadualkan berlangsung pada 14 November, bulan depan.
Rata-rata warga yang ditemui mengharapkan kehidupan mereka lebih sejahtera, aman dan harmoni menjelang pemilihan pemimpin ‘Negeri Bersejarah’ itu.
Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai ‘Abdullah’ berkata, rakyat mengharapkan suasana persekitaran yang aman dan masyarakat tidak berpecah-belah akibat perbezaan politik, sebaliknya mengutamakan masa depan generasi akan datang.
“Kita nak aman damai, tidak mahu berat sebelah dan tidak mahu bermusuh-musuhan,
“Kita fikir demi anak cucu kita,” jelasnya ketika ditemui petugas ziarah rumah ke rumah, semalam.
Menurutnya, meskipun perkembangan sektor pelancongan baik untuk negeri, namun peningkatan cukai dan harga barangan menjadi perkara yang perlu diberikan perhatian kepada pemimpin yang dipilih kelak
Katanya, persoalan keperluan rutin tersebut memberi kesan ketara kepada kehidupan rakyat.
Beliau menekankan kebimbangan terhadap kenaikan cukai tanah dan cukai pintu, selain harga barangan yang menurutnya semakin meningkat.
Dalam soal politik pula, Abdullah menyatakan, kecenderungannya untuk memilih perjuangan berteraskan Islam dan menolak DAP, berdasarkan kebimbangan yang terbentuk daripada cerita generasi terdahulu mengenai ancaman komunisme.
“Pandangan tersebut mencerminkan pertimbangan pendirian sebahagian penduduk ketika menilai hala tuju politik negeri,
“selain isu ekonomi dan kesejahteraan masyarakat.” komen seorang petugas program ziarah itu ketika ditemui semalam
“Justeru, menjelang PRN Melaka ke-16, isu kos sara hidup, beban cukai dan harapan terhadap suasana politik yang aman dan adi, adalah isu yang masih berlegar dalam pemikiran rakyat,
“yang perlu diberikan perhatian oleh semua pihak dalam usaha memahami aspirasi rakyat.” tambahnya.






























