Asnaf Gombak Gembira Terima Sumbangan

1181

Seramai 113 orang ‘asnaf’ dan anak yatim telah menerima sumbangan zakat yang diagihkan oleh Badan Kebajikan Islam Telekom (BAKIT).

Program ‘tanggungjawab sosial’ tersebut merupakan agenda tahunan yang diadakan sejak lima tahun yang lalu.

Pemberian zakat BAKIT bertujuan meringankan beban kewangan golongan berkenaan telah disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Ustaz Hasbullah Ridzwan.

Beliau berkata, sumbangan pelbagai barangan keperluan makanan dan juga wang tunai itu diharap dapat menambahkan sedikit kegembiraan sempena meraikan Aidilfitri yang akan menjelang tidak lama lagi.

DSC_0063Beliau juga berpesan kepada penerima sumbangan supaya sentiasa berusaha meningkatkan taraf hidup dan sentiasa bersyukur atas nikmat yang Allah kurniakan.

Sehubungan itu, Yang Dipertua Badan Amal Kebajikan Islam Telekom (BAKIT), Tuan Haji Hussan Unir berkata, duit zakat yang diperolehi adalah dari keuntungan Telekom Malaysia daripada khidmat yang ditawarkan kepada para pengguna.

Penerima yang ditemui melahirkan rasa syukur dan terharu dengan bantuan kerana sedikit sebanyak menunjukkan ada insan yang prihatin dengan nasib mereka.