JAKARTA – Parti Keadilan Sejahtera (PKS) optimis untuk membentuk gabungan parti-parti berasaskan Islam bagi meghadapi kempen pilihanraya presiden yang akan diadakan pada bulan Julai depan.
“Kami tidak pernah ragu-ragu bentuk pakatan itu, akan berjaya atau tidak itu akan dibuktikan,” kata pemimpin PKS Hidayat Nur Wahid dalam sebuah diskusi di Cikini, Jakarta Pusat, pada Sabtu 19 April.


“organisasi masyarakat Islam menyampaikan hasrat. Kami sudah memilih dan suara kami mengkehendaki parti Islam bersatu agar boleh memberikan alternatif calon presiden’,” ujar Hidayat.
Hidayat yang juga salah seorang calon preside dari PKS berkata, sekiranya parti-parti Islam bergabung maka akan membentuk suara mencapai 32 peratus, lebih besar dibandingkan dengan suara PDI Perjuangan yang hanya sekitar 19 peratus.
Oleh itu, beliau sendiri bersemangat untuk merealisasikan pakatan parti-parti Islam, kerana katanya, ia adalah amanah yang diperjuangkan dari organisasi masyarakat dan rakyat Indonesia yang Islam.





























