LPT2; Kerajaan Negeri Bercanggah Dengan Pusat

1177
http://buletinonline.net/images/stories/aberita20/takiri.png

KUALA NERUS – Pada 15 April lalu, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya dan Pengangkutan negeri, Ir. Rosli Othman dalam sidang Dun Terengganu menyatakan, pembinaan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) yang dianggarkan membabitkan perbelanjaan RM4.25 bilion itu dijangka siap sepenuhnya Disember 2014.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita30/LPT2banner.jpgTetapi sebelum itu pada 26 Januari, Menteri Kerja Raya, Datuk Fadilah Yusof dilaporkan berkata, ia dijangka siap pada September 2014 ketika beliau perasmian pembukaan LPT Bukit Besi-Paka.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, projek LPT2 telah mengalami kelewatan dan kini penangguhan projek tidak munasabah.

Malah katanya, perubahan demi perubahan dan percanggahan mengenai tempoh akhir yang berlaku di antara kerajaan negeri dan kementerian dilihat mengelirukan rakyat.

Katanya, projek tersebut sudah terlalu lama, iaitu dimulakan pada Mac 2006, namun ia tidak dapat disiapkan mengikut jadual dan telah beberapa kali di struktur semula oleh kerajaan.

Katanya, kos pembinaan lebuh raya itu juga meningkat disebabkan pertambahan tempoh masa dan penstrukturan semula projek beberapa kali dan pertukaran kontraktor.