Presiden PAS Solat Jenazah Di Pusara Ustaz Awang

2163

Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden PAS diiringi oleh Penolong Setiausaha PAS Terengganu yang juga ADUN chukai, Haji Hanafiah Mat, menunaikan solat jenazah dipusara Allahyarham Ustaz Awang Dagang pada Selasa 12 Oktober.

Jenazah Allahayarham yang juga mantan Exco Kerajaan Negeri merangkap Adun Chukai penggal 1999 hingga 2004, di semadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Jabor Kubur, Chukai, kira kira jam 2.15 petang Sabtu, 9 November.

Allahyarham, 79, yang meninggal dunia kira-kira jam 11.30 Jumaat malam , selepas mengalami sesak nafas.

Kedua-dua Ustaz Hadi dan Haji Hanafiah tidak dapat bersama pada Sabtu lalau kerana melaksanakan tugas dan berada di luar negeri.

Solat jenazah di kubur atau pusara bagi jenazah yang baru dikebumikan, boleh dilaksanakan, sekiranya seseorang itu kita tidak sempat atau tidak berpeluang menunaikan di rumah atau di masjid ketika jenazah itu disolatkan.

Ia berdasarkan dua hadis sahih nabi SAW yang diriwayatkan oleh Imam Hadis Bukhari dan Muslim serta lain-lain seperti dibawah;

“Dari Abdullah Ibnu Abbas (RA) ia menceritakan : Rasulullah SAW sampai di kuburan yang masih basah (baru), lalu baginda solat dan mereka para sahabat membentuk saf dibelakangnya. Lalu baginda bertakbir 4 kali”.

(Hadis sahih riwayat imam Muslim rh. (no. 954), imam Bukhari rh. imam Abu Daud rh. imam Tarmidzi rh. imam Nasaie rh. dan imam Ibnu Majah rh.)

“Dari Abu Hurairah (RA) dia menceritakan : Ada seorang perempuan hitam yang suka menyapu masjid, lalu Rasulullah SAW merasa akan kehilangannya. Lalu baginda menanyakannya, kemudian mereka (para sahabat) menjawab : Dia sudah meninggal dunia. Kemudian baginda bersabda : Kenapa kamu tidak memberitahu aku. Abu Hurairah berkata : Seolah-olah para sahabat mengangap kecil urusannya. Kemudian baginda bersabda : Tunjukkanlah kuburannya kepada aku. Lalu mereka pun menunjukkannya. Kemudian baginda solat (janazah) lalu bersabda : Sesungguhnya kuburan ini penuh kegelapan bagi penghuninya, dan sesunguhnya Allah meneranginya bagi mereka dengan solat aku untuk mereka”.

(Hadis sahih riwayat imam Muslim rh. (no. 956), imam Bukhari rh. imam Abu Daud rh. dan imam Ibnu Majah rh.)