Akhbar ‘The Star’ Jangan ‘Bermain Api’!

1349

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik menegaskan, empat orang yang terkorban di Memali pada 19 November 1985, termasuk al-Marhum Ustaz Ibrahim Libya adalah ‘syahid’ di medan demi mempertahankan Islam.

“Status mereka sebagai syahid disahkan oleh ahli Majlis Fatwa Kerajaan Negeri Kedah,al-Marhum Tuan Guru Haji Yahya Junid dan al-Marhum Ustaz Azahari Abd Razak,

“Tetapi pihak kerajaan (Umno dan BN) telah menuduh kematian pejuang-pejuang Islam ini adalah ‘bughah’, iaitu penderhaka kepada pemerintah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas berita yang diterbitkan oleh akhbar ‘The Star’ dihalaman 4, dibawah tajuk ‘Major Cases Involving Violant Deviant Groups in Malaysia’.

Berita tersebut telah memetik nama Almarhum Ustaz Ibrahim Libya yg didakwa sebagai salah seorang pengganas yang berjaya ditumpaskan oleh pihak berkuasa pada 19 November 1985.

Ustaz Abu Bakar berkata, Sultan Kedah ketika itu yang juga Yang DiPertuan Agong kini, telah memberi isyarat bahawa 14 rakyatnya yang terkorban itu bukanlah penjenayah.

“apabila baginda sendiri mencemar duli menziarahi makam mereka di Parit Panjang dan menjiruskan air mawar di kuburan mereka,
“mustahil sekali seorang Sultan sudi mencemar duli untuk menziarah dan menjiruskan air mawar ke kubur seorang Ketua Penjenayah dan Ajaran Sesat,”jelasnya

Tetapi malangnya, kata beliau, sesudah lebih 24 tahun lalu,dan sesudah Mahkamah membuat keputusan yang membuktikan mereka itu bukan penjenayah,ada pihak yang masih juga belum insaf dan belum lagi mahu menghormati keputusan mahkamah itu.

Justeru, tegasnya, PAS mengutuk sekeras-kerasnya tindakan biadab akhbar The Star diatas artikel yang ditulis dan menggesa akhbar The Star menarik balik serta memohon maaf kepada keluarga waris.

“akhbar ‘The Star’ milik MCA-BN jangan cuba bermain api, nanti membakar diri………….saya menggesa akhbar itu menarik balik serta memohon maaf kepada keluarga waris (Peristiwa Memali),

“jangan ada cubaan lagi oleh mana-mana pihak untuk cuba memutar belit fakta sebenar (tentang Memali) dan seharusnya sebagai media mereka bertanggungjawab dalam mengamalkan etika kewartawanan,”katanya.