Meneruskan program ‘ramah mesra’ dalam kempen hari terakhir pilihanraya kecil DUN Sungai Limau, kontinjen PAS Terengganu menyediakan makan tengahari dan mengagihkannya kepada 125 keluarga dalam UPU Batu 16 dan Padang Lumat.
Penolong Ketua Kontinjen YB Haji Hanafiah Mat berkata, para petugas yang mengedarkan juadah ‘nasi daging’ itu akan turut makan tengahari bersama keluarga terbabit.
Menurutnya, selain merapatkan ukhuwwah antara petugas pembantu dari Terengganu, program tersebut akan turut menghindarkan ahli dan penyokong PAS dari kempen ‘keji dan hodoh’ hari terakhir oleh Umno dan Barisa Nasional (BN).
“kita bawa nasi daging bersama-sama…….merasai nikmat nasi daging yang terkenal di Kedah, kita bagi (kepada) 125 buah rumah…….. ahli dan penyokong PAS sahaja sekitar lebih 100 orang,
“kita makan nasi bersama-sama dirumahnya, termasuk pengundi luar yang pulang untuk mengundi (esok),”ujarnya ketika di temui.
Menurutnya, Pengarah Jawatankuasa Induk, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan, kempen hari terakhir BN merupakan kempen yang ‘jijik dan kotor’.
Antara usaha terdesak BN adalah menyebarkan berita bahawa para pengundi DUN Sungai Limau tidak perlu keluar mengundi kerana calon PAS Ustaz Mohd Azam Ad Samat telah pun menang.
Selain itu, BN yang juga terdesak menjalankan pelbagai usaha cuba menggunakan ‘wang ringgit’ untuk membeli ahli dan penyokong PAS.





























