Bekas Juara Cub Prix Bersama Mat Motor DUN Kemasik

1590
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita18/alias%20kemasik.jpg

Banyak aktiviti permotoran telah dianjurkan oleh PAS untuk para pemuda dan golongan belia bagi memupuk minat dan kemahiran mereka.

Demikianlah antara ucapan Ustaz Alias Abdul Hamid, Pengarah PAS Dun Kemasik di perasmian Kejohanan Cub Cross anjuran Pemuda PAS DUN Kemasik dengan kerjasama Alternatif Riding Club (ARC) Negeri Terengganu di tapak Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR), Kg. Baru, Kerteh.

Beliau seterusnya berkata, ‘saya dimaklumkan ini merupakan kali kedua pertandingan motor cross diadakan oleh Pemuda PAS DUN Kemasik untuk 2013, kita hendak tanya berapa kali pemuda UMNO Dun Kemasik buat acara ini untuk golongan belia di DUN Kemasik ini ?’, soalnya.

‘Jika kerajaan UMNO/BN tidak mengadakan acara seperti ini, bagaimana para belia yang berminat dengan sukan permotoran ini hendak melepaskan gian mereka, akhir sekali jalan raya lah jawapnya’, ulasnya lagi.

Turut hadir memeriahkan kejohanan ini ialah bekas Juara Cub Prix Malaysia sebanyak dua kali, Fitri Zainal dari Selangor yang teruja dengan komitmen Pemuda PAS DUN Kemasik menganjurkan program ini.

Sebanyak 3 kategori dipertandingkan merangkumi 4 lejang, 2 lejang dan 150 CKD yang berjaya menarik hampir 50 penyertaan.

Kategori 2T dimenangi oleh Alwi Mamat dari Kelab KMX manakala Zamri Zakaria dan Mohd Hafidz Abd Fattah dari Kerteh MX muncul tempat kedua dan ketiga.
Wan Mohd Fadzli mewakili Kerteh Motor Cross muncul juara kategori 4T dan Naib Juara oleh Ahmad Rizal.

Kategori open & CKD diungguli oleh Apex dari Paka Motor Cross, tempat kedua oleh Alwi Mamat mewakili KMX dan Wan Ahmad Shukri dari Kemasik Motor Cross mendapat tempat ketiga.

Ustaz Alias Abdul Hamid, Fitri Zainal dan Ketua ARC Negeri Terengganu, Wan Ahmad Ridzuan telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Sementara ini acara tambahan akan diadakan di Pantai Kemasik keesokkannya bersama Fitri Zainal iaitu konvoi bermotosikal, sprint test olok – olok, bengkel dan demontrasi menunggang cara selamat dan ziarah berkebajikan ke rumah golongan yang kurang berkemampuan dalam DUN Kemasik.