Hayati Sejarah, Isi Kemerdekaan Dengan Ilmu dan Akhlak

3

KUALA TERENGGANU, – Generasi muda perlu menghayati sejarah perjuangan dan pengorbanan generasi terdahulu serta mengisi kemerdekaan dengan ilmu, akhlak dan perpaduan bagi memastikan Malaysia terus aman, berdaulat dan sejahtera.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Fadhli Rahmi Zulkifli berkata, Jari Kebangsaan bukan sekadar sebuah sambutan, tetapi menjadi ruang untuk mengenang kembali sejarah perjuangan dan pengorbanan para pejuang terdahulu yang telah berusaha membebaskan tanah air daripada belenggu penjajahan.

Menurut beliau, kemerdekaan yang dinikmati rakyat hari ini tidak datang dengan mudah, sebaliknya lahir daripada keberanian, kesatuan hati dan pengorbanan generasi terdahulu.

“Kemerdekaan yang kita nikmati hari ini lahir daripada keberanian, kesatuan hati dan pengorbanan generasi terdahulu yang meletakkan kepentingan tanah air melebihi kepentingan diri, ‘katanya meneeusi satu kenyataan, di sini, hari ini.

Mengulas lebih lanjut beliau berkata, semangat kemerdekaan perlu terus dipupuk dalam diri setiap generasi agar nilai perjuangan dan pengorbanan tersebut tidak dilupakan.

“Anak-anak muda perlu mengenali sejarah, menghargai pengorbanan terdahulu dan memahami bahawa mempertahankan kemerdekaan adalah tanggungjawab kita bersama, “katanya.

Tambahnya, kemerdekaan juga perlu diisi dengan perkara yang memberi manfaat kepada agama, masyarakat dan negara.

“Marilah kita mengisi kemerdekaan dengan perpaduan, ilmu, akhlak dan usaha membangunkan negara agar Malaysia terus aman, berdaulat dan sejahtera, “ujar beliau.