PN Tawarkan Khidmat, Ustaz Anuar Hayan Menjadi Calon Maharani

24

MUAR – Perikatan Nasional (PN) menawarkan seorang tokoh pendidik dan pendakwah, Ustaz Mohamad Anuar Hayan, sebagai calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N15 Maharani pada Pilihan Raya Negeri ke-16 (PRN16) Johor.

Beliau berumur 60 tahun, mempunyai sembilan orang cahaya Mata, berasal dari Parit Bulat, Muar, memiliki latar belakang pendidikan yang kukuh dalam bidang agama dan pendidikan.

Ustaz Anuar memperolehi Ijazah Sarjana Muda Pengkhususan Qiraat dari Universiti Al-Azhar, Mesir, selain memiliki Diploma Pendidikan dan Ijazah Sarjana Pendidikan (Kurikulum dan Pengajaran) daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Sepanjang kerjayanya, beliau pernah berkhidmat sebagai guru di SMKA Maahad Muar, Pensyarah Kanan di Institut Perguruan Tun Hussein Onn (IPTHO), pensyarah sambilan di Open University Malaysia (OUM) dan Asia e-University (AeU).

Ustaz Anuar juga aktif sebagai pembimbing haji dan umrah dan amat dikenali sebagai pendakwah yang aktif menyampaikan kuliah agama kepada masyarakat di masjid dan surau.

Beliau juga pernah menganggotai Jemaah Hakim Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.

Ustaz Anuar turut menerima Anugerah Pensyarah Cemerlang IPTHO pada 2011 dan pernah memegang jawatan Ketua Jabatan Kecemerlangan Akademik IPTHO.

Dari Sisi siasah beliau berkhidmat sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Kawasan Muar dari 2017 hingga 2025 sebelum dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Muar pada 2025.

Bermula tahun ini (2026) beliau turut menggalas amanah sebagai Penyelaras Parlimen Muar.