“Semua peringkat diumpan daripada Pegawai kerajaan, rakyat pendapatan RM3,000 ke bawah, pelajar, mahasiswa, orang bujang semua dapat pendapatan RM3,000 ke bawah, pelajar, mahasiswa, orang bujang semua dapat.
“Bajet sudah defisit 15 tahun berturut-turut, tahun 2013 defisit RM21.6 bilion. Hutang negara 2012 RM502 bilion, meningkat 107.4% sejak 8 tahun.
“Tidak ada pula usaha untuk mengurangkan defisit, sebaliknya wang ditabur seolah-olah pasir Malaysia semuanya emas,”dakwa Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Ustaz Idiris Ahmad.
Beliau mempersoalkan, bagaimana nasib 76200 siswazah yang masih menganggur dan 10,200 orang pemegang ijazah Pendidikan tidak di tempatkan lagi serta graduan JQAF sejak bulan Jun 2012 tamat tidak dapat kerja lagi?
“Kebiasaan guru-guru ini akan ditempatkan sebulan setelah tamat latihan selama satu tengah tahun. Tiba-tiba kerajaan umumkan JQAF diperlukan sebanyak 3000 orang lagi bagi tahun 2013,”katanya lagi.
Ustaz Idris berkata demikian dalam satu kenyataan beliau, yang dikeluarkan lewat petang Selasa 2 Oktober.
Bahkan, katanya, paling malang sekali ialah seramai 1118 orang juruterbang tempatan bertauliah tidak ada kerja, kerana tidak ada kapal terbang.
“Mereka yang mengeluarkan lebih RM200,000 untuk mendapat lesen, tiba-tiba peluang pekerjaan tidak ada. Jikalau macam ini lebih baik mereka ambil lesen lori dengan yuran RM1500.00, apabila tamat latihan dapat gaji RM3000.00 sebulan….???,”tempelak Ustaz Idris.
Tegasnya, fakta-fakta tersebut belum lagi mengambil kira graduan kejururawatan yang terpaksa menghabiskan wang lebih RM60,000, namun apabila keluar terpaksa menganggur kerana peluang pekerjaan tidak ada.
Oleh itu, beliau menyifatkan, keseluruhan senario itu menggambarkan gagalnya kerajaan BN menguruskan keperluan tenaga, kerana katanya, apa yang penting kepada pemimpin Umn0-BN ialah untuk memberi peluang kepada kroni, sedangkan rakyat marhain menderita.
Beliau menambah, para graduan tersebut, rata-rata meminjam daripada PTPTN yang diahkan oleh Pengerusinya Datuk Ismail Said, sehingga Oktober 2011 seramai 69,573 daripada 104,083 peminjam telah disaman oleh mahkamah.
Manakala, Seramai 132, 801 pelajar yang disenarai hitam dan tidak boleh keluar negara.
“Datuk Seri Najib kena fikirkan jalan keluar dan menyelesaikan masalah pelajar ini, dalam usia muda telah menanggung hutang. Bukan hanya menggulakan anak muda dengan rebet RM200 untuk membeli telefon 3G,
“Ini hanya sedap sementara tetapi derita sepanjang usia,”kata Ustaz Idris




























