

Bermaksud: ” hendaklah berbelanja orang yang berkelapangan daripada kelapangannya dan sesiapa yang disempitkan rezkinya maka hendaklah dia berbelanja daripada apa yang diberikan oleh Allah. Allah tidak membebankan seseorang melainkan apa yang diberikannya.”
Selama berbelas tahun sebelum ini bajet defisit dan laporan kewangan menyaksikan hutang negara yang semakin meningkat. Tunggakan hutang apatah lagi apabila melibatkan negara sangat dibimbangi mendedahkan negara dan kerajaan kepada penguasaan pihak asing. Justeru itu, Nabi Muhammad SAW berdoa
اللهم اني اعوذ بك من غلبه الدين وقهر الرجال
Ya Allah, sesungguhnya saya berlindung dengan kamu daripada dikelilingi hutang dan daripada penguasaan manusia-manusia lain
Malangnya setiap tahun pujian demi pujian sedangkan hutang makin bertambah sudah hampir belasan tahun. Ini bermakna secara mudahnya pemikiran pembuat bajet lebih kepada menambah hutang bukan ingin membayar hutang. Bahasa yang mudah ekonomi kita tenat dan makin tenat.
• Kadar hutang negara makin bertambah. Ketua Menteri Pulau Pinang mengulas belanja tahun lepas mencecah RM 20 bilion. Hutang naik RM 456 bilion. Sekarang hutang sudah menjadi RM 502 bilion. Semasa pembentangan tiada disentuh langsung oleh pembentang untuk melunas dan melangsaikan hutang. Begitu juga seolah-olah angka hutang dibiarkan ‘tersilent’. Sedangkan angkanya bertambah dari tahun ke tahun dan mengikut statistik terkini hampir menuju ke tahap yang dibenarkan. Jika melebihinya akan menuju kepada muflis. Inilah yang sepatutnya difikirkan oleh pemimpin utama negara supaya tidak terjerumus ke gaung bangkrap seperti yang berlaku di Greece.
• Semangat membayar hutang. Sejauh mana prihatinnya kerajaan dalam membayar hutang sama ada pokok atau bunga (ini kerana dasar ekonomi yang masih terbelenggu dengan sistem ribawi). Berdasarkan setiap kali belanjawan dibentangkan sudah hampir 14 tahun, sentiasa menambahkan hutang. Inilah penyakit dalam pemikiran pemimpin seperti ‘Pak Pandir’ yang berkata: ‘Bukan anak aku sahaja yang mati.’ Justeru, samalah seperti katanya: Bukan aku sahaja yang berhutang tetapi yang terdahulu pun berhutang. Soalnya bila mahu bayar hutang??? Kalaulah rakyat marahen yang berhutang 10-15 ribu untuk PTPTN, pembelian motorsikal yang lambat bayar sudah pasti bank-bank mengejarnya hingga ke lubang cacing. Justeru, alangkah gembiranya rakyat jika dalam bajet dari tahun ke setahun sentiasa diumumkan pembayaran hutang melebihi dari berhutang seperti kata Menteri kewangan yang akan datang: “Tahun ini kita telah melangsaikan 40 bilion hutang negara. Begitulah setiap tahun yang menunjukkan komited dan ‘kebertanggungjawaban pemimpin yang berada di tampuk kuasa.”
Sudah sampai masanya sebuah keinsafan dipamerkan dalam hati yang takutkan Allah untuk menggubal dan melaksana bajet agar ia benar-benar memberi manfaat semaksimum mungkin kepada rakyat jelata dan negara.
Semoga bajet yang akan dibentangkan pada tahun hadapan dan seterusnya adalah bajet yang boleh membayar hutang dan melangsaikannya. Dengan iman dan takwa kita yakin pasti boleh kerana janji Allah akan membuka keberkatan-keberkatan daripada langit dan bumi.






























