Walau Pun Terkenal Seluruh Dunia, Orang Pulau Duyong Tetap Tak’Bertanah’

1858
http://www.buletinonline.net/v6/images/stories/berita15/rumahpapandigenangiair.jpg

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal, Dr Alias Razak, ketiga-tiga program atau projek yang dibangga-banggakan oleh Umno-BN itu adalah Masjid Kaca (Kristal) di Pulau Wan Man, Perlumbaan Perahu Layar Piala Monsun di Pulau Duyong dan Stadium tercanggih yang sudah runtuh.

“mana ada DUN (Dewan Undangan Negeri) dalam negara kita da amasjid kaca (kristal), (DUN) Bukit Tunggal ada masjid kaca, dalam negara lain ini tak ada ‘Monsoon Cup’, Bukit Tunggal ada Monsoon Cup, dalam negara kita ini tak ada agaknya stadium runtuh, ada stadium runtuh dekat dengan Bukit Tunggal juga,

“dunia nak tengok masjid kaca, mari (datang) ke Bukit Tunggal, dunia nak tengok Monsoon Cup, mari ke Bukit Tunggal,

http://www.buletinonline.net/v6/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2009/12/tiadabenderaterengganu1.jpg“tapi malang seribu kali malang, hebat sangat kita dengar, tetapi orang Pulau Duyong duduk macam ni juga lah, tidak ada tanah untuk buat rumah, terpaksa duduk ‘berasak-asak’,”ujarnya.

[Gambar – Antara Dua Darjat; Rumah penduduk Pulau Duyong (atas) yang sesak sehingga bertemu ‘atap ke atap’, berbanding pusat sukan lumba perahu layar Monsoon Cup (tengah) dan masjid Kristal (bawah) semuanya dalam DUN Bukit Tunggal]

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Terengganu berkata, semasa memerintah kerajaan PAS pada tahun 1999 hingga 2004 telah membuka permohonan tanah dan banyak telah diluluskan kepada rakyat yang berhak.

Tetapi, sebaliknya, kata beliau, apabila Umno mengambil alih pemerintahan, kerajaan Umno telah merampas emula tanah-tanah itu.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam ceramah penerngan sempena program al-Falah di Kelab Aya Pulau Duyong pada Jumaat malam 28 September.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita5/Masjid%20Kristal%205.JPGMenurutnya lagi, Umno-BN sebenarnya tidak mengutamakan rakyat tetapi mendahulukan wakil-wakil rakyat dan pemimpin-pemimpinnya.

Katanya, tanah-tanh yang baik dan luas serta mahal, dianugerahkan kepada wakil-wakil rakyat dan pemimpin Umno, sedangkan rakyat behak tidak mendapat haknya.

“tapi dia (Umno) wakil-wakil rakyat dia setiap seorang dapat satu hektar tanah, (lebih kurang) 2.5 ekar seorang dapat tanah, tanah yang cantik yang mahal harga yang nilai semasaa kalau kita kira boleh bernilai RM1 juta,

“(jadi) kita boleh nilai, Umno sebenarnya nak tolong rakyat atau nak tolong puak-puak dia, pemimpin-pemimpin dia? hak rakyat di rampas, tapi diberi kepada pemimpin-pemimpin Umno yang sudah kaya raya, yang sudah ada tanah berekar-ekar,”jelasnya.

Turut menyampaikan ucapan pada Majlis tersebut adalah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang juga Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan, Mzlan Aliman dan Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat.