Cukai Pintu Baru Lebih Tinggi Jika Umno-BN Menang

2353
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita5/cukai%20pintu.JPG

Bekas Pegawai Khas kepada Pengerusi Jawatankuasa Hisbah dan Tugas-tugas Khas kerajaan negeri  Terengganu  Haji Abdul Halim Tausah berkata pihak swasta telah dilantik bagi melaksanakan perkara tersebut.

“sehari dua ini kerajaan (Umno-BN) negeri Terengganu sudah melantik (pihak) swasta mari ukur rumah, dia nak penaik (menaikkan) cukai pintu dia nak kutip selepas pilihanraya,

“saya tahu kerana kebetulan, dua tiga orang pegawai (berkenaan) mari ukur rumah (saya),”katanya ketika berucap pada Majlis Penerangan di Pekan Sungai Tong dekat sini, Jumaat malam, 28 September.

Beliau yang juga Ali Jawatankuasa Penerangan PAS Besut bertanya kepada  pegawai tersebut, mengapa mereka datang untuk mengukur tanah, sedangkan sebelum ini tanah tapak rumahnya telah diukur.

Menurutnya, pegawai terbabit menjawab, kerja-kerja ukur itu untuk mendapatkan keluasan baru rumah bagi menilai semua rumah dalam kawasan pihak berkuasa tempatan, di seluruh negeri Terengganu.

[Gambar – Atas ; Kerajaan Umno-BN Terengganu mengugut akan mendenda, menyita dan melelong rumah rakyat yang gagal membayar cukai pintu, sebaliknya PAS menawarkan kepada rakyat akan mengecualikan bayaran cukai pintu rumah kediaman (gambar bawah) sekiranya diberi mandat]

Namun begitu, sebaliknya beliau berkata, rakyat Terengganu tidak perlu bimbang sekiranya member mandat kepada PAS dan Pakatan Rakyat  pada pilihanraya umum yang akan datang.

Katanya, PAS telah berjanji dalam manifestonya untuk menghapuskan cukai pintu rumah kediaman dalam kawasan perbandaran, sebagaaimana yang pernah dilaksanakan ketika PAS memeritah pada tahun 1999 hingga 2004.

“Tapi saya nak beritahu tuan puan tidak perlu takut (bimbang), (sekiranya) Terengganu diperintah oleh PAS, hari ini memerintah……esok kita akan hapuskan cukai pintu,

“InsyaAllah, kita berjanji dalam manifesto kita, kita (akan) selesaikan masalah rakyat, orang yang tak ada tanah kita selesaikan masalah tanah, orang yang tak rumah kita selesaikan maslaah rumah,”tegasnya.

Sehubungan itu, beliau mengkritik kerajaan Umno-BN Terengganu yang hanya memberikan bantuan hanya secara ‘pilih bulu’ kepada kelompok Umno-BN sahaja.

Sedangkan menurutnya, kerajaan PAS Terengganu telah membuktikan semua bantuan dan kemudahan diberikan kepada seluruh rakyat Teregganu tana mengira latarbelakang politik dan kaum.

Turut menyampaikan ucapan dalam Majlis tersebut adalah Naib Ketua Pemuda PAS Terengganu Ustaz Kamaruzzaman Abdullah dan Pengerusi NGO Amanah Terengganu Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah Tengku Ahmad Shah.

*** Dengar dan Lihat Ucapan Haji Abdul Halim Tauah di Buletinonline Channel