Tukar ‘Madani Afiat’ Kepada ‘Afiat Digital’

225

Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan untuk memulakan pendigitalan terhadap sistem kesihatan menjelang 2030 atau lebih awal bagi memberi kemudahan yang terbaik kepada pesakit.

Menterinya Dr Zaliha Mustafa berkata pendigitalan penjagaan kesihatan merupakan antara keutamaan beliau di KKM.

Maknanya, sekarang 2023 dan enam atau tujuh tahun lagi, pak cik dan mak cik yang menggunakan perkhidmatan terpaksa duduk menunggu selama tidak kurang 30 minit seorang.

Itu baru hanya proses untuk mendaftarkan diri bagi pesakit luar, sama ada ‘walk-in’ atau temu janji.

Bagi yang tak pernah datang atau belum pernah sakit, mungkin bernasib baik dan boleh mendapat nombor giliran agak cepat serta pemeriksaan doktor lebih awal.

Namun sebaliknya, pak cik dan mak cik yang ‘regular’ perlu hadir untuk temu janji, sebulan atau dua bulan, tiga atau empat bulan sekali, detik inilah masa dirasakan ‘sangat lambat’ bergerak.

Sejak merdeka sehingga kini, sudah 66 tahun, sistem pendaftaran pesakit masih guna ‘fesyen lama’, mencari kad rawatan pesakit secara manual.

Sebaliknya, begitu pun ada sebahagian rekod pesakit nampaknya, boleh diakses secara atas talian.

“Dah ambil darah untuk tahun ni ke belum, encik?,” tanya sang jururawat yang menerima setiap pesakit di ruang pemeriksaan awal

“rasanya, dah ambik hari tu,” jawab pelanggan tetap, tiga kali setahun itu.

“Nanti saya semak sekejap,” kata ‘meksi itu, sambil jarinya mengetuk muka telefon bimbit, mamasukkan nombor kad pengenalan pada suatu aplikasi.

“Ha, dah anbik sekali bulan dua hari tu, kita anbik sekali lagi la hari ni,” ujarnya.

“Biasa kena ‘puasa’, tak perlu ke?,” tanya sang pesakit

“Yang ni rak payah, yang puasa tu, sekali setahun, yang ni nak tengok kandungan gula dalam darah,” jelas meksi.

Memang elok lah kalau KKM nak digitalkan perkhidmatannya, tapi mengapa perlu tujuh tahun lagi

Sebahagian besar segmen dalam khidmat di KKM, melalui pemerhatian yang dibuat, sudah pun ada dalam sistem.

Mungkin belum ada ketersambungan, ‘link’ antara satu premis kesihatan dengan yang lain, belum ada.

Sebagai contoh, kalau kita pergi kepada bahagian trafik PDRM, dimana-mana balai sekali pun dan beri nombor KP, semua rekod tentang kenderaan dan kesalahan lalu lintas kita boleh dikesan dengan mudah.

Bab ni, eloklah Fahmi Fadzil yang jaga Digital ambil cakna dan segerakan pelaksanaannya.

Jangan habis masa, sibuk Tik Tok dan 3R dan fokus kepada isu meningkatkan keupayaan pendigitalan negara, ‘hardware dan ‘software’, infrastruktur dan perisian yang boleh meningkatkan khidmat kepada rakyat.

Dr. Zaliha pun daripada parti yang sama dengan Fahmi, jadi mudah berurusan.

Tukar kempen politik ‘Madani Afiat’ yang habiskan masa jelajah rumah pengundi untuk edar ‘hamper’ kepada ‘Afiat Digital’ untuk kesejahteraan bersama!