Aktiviti Kolam Renang; Kepelbagaian Kaedah Mendidik Anak PASTI

197

Oleh ; Rohayati Ripin

KUALA TERENGGANU – Para guru mewujudkan kepelbagaian kaedah mendidik anak-anak PASTI dengan teknik pengajaran berkesan dalam pembelajaran termasuk menganjurkan program luar kelas seperti aktiviti di kolam renang.

Anasuha Zulkfili, 26, guru PASTI Al -Huda, berkata, antara objektif adalah aktiviti di luar bilik darjah itu adalah membentuk keberanian diri kepada anak anak dan melatih otot-otot serta fizikal anak-anak.

“selain itu ia dapat mencipta memori indah kepada anak-anak bersama rakan sebaya dan guru,” jelasnya ketika dihubungi pada hari ini, mengulas program Pasti Al-Huda mengadakan aktiviti mandi di kolam renang pada 12 September lalu.

Menurutnya, seramai 52 pelajar PASTI tersebut terlibat dalam riadah kolam renang kali pertama dalam sejarah Pasti Al-Huda.

“Memilih kolam renang kerana ingin menghilangkan tekanan serta kebosanan dalam rutin harian anak anak,” ujarnya.

Beliau menambah, antara cabaran dalam melaksanakan program ini adalah memastikan keselamatan anak anak sepanjang aktiviti dan mematuhi arahan yang telah ditetapkan.

Sementara itu, seorang lagi guru PASTI tersebut Amatillah Abdul Aziz, 20, berkata, program jaulah ni merupakan program tahunan PASTI.

“Kita akan ada satu program luar dari sekolah seperti ke taman taman, Zoo , Pusat Sains dan tempat mandi manda yang dalam keadaan selamatlah. Untuk tahun ni program kita ke Quinara Al- Safir Gong Badak dengan aktiviti mandi kolam,” katanya.

Katanya lagi, dengan aktiviti begini boleh mengeratkan lebih lagi ukhwah antara satu sama lain.

“Dengan ini pihak kami berharap pada masa akan datang lebih ramai lagi ibu bapa dekat luar sana rasa tertarik untuk menghantar anak anak ke PASTI.

“Bukan kerana aktiviti sahaja tapi silibus pelajaran dan program di pasti sangat sangat lah padat dan bermanfaat untuk anak anak, insya Allah,” tambah Amatillah.