600 Pelajar PASTI Teruja Sertai Simulasi Haji

67

Oleh : Fatimah Din

MARANG – Sejumlah 600 pelajar Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Kawasan MARANG teruja dan bersemangat dapat menyertai Program Simulasi Haji yang julung kali diadakan.

Ketua Dewan Pemuda PAS Marang, Ustaz Yusuf Abdul Hadi melahirkan rasa terharu melihat semangat peserta-peserta cilik yang hadir.

“Saya yakin bukan anak-anak sahaja gembira, ibu bapa pun gembira”, katanya.

Beliau berkata demikian di majlis yang berlangsung di Dewan Tok Guru, Rusila pada 16 September lalu.

Katanya, walaupun PASTI ini menerima banyak serangan daripada pihak luar yang memberi tanggapan negatif.

“Tetapi matlamat sebenar PASTI ingin mendedahkan masyarakat dari kecil untuk mengamalkan perkara yang disuruh Allah,” terangnya kepada para peserta, ibu bapa dan guru-guru yang turut menjadi mutawwifah kepada anak-anak murid masing-masing.

Sementara itu, Pengerusi Jabatan Pasti Negeri Terengganu, Mohd Syamri Abdul Razak ketika merasmikan program tersebut berharap objektif program dapay membekas di hati mereka tentang rukun Islam yang kelima itu.

“Dan mendaftarlah untuk mengerjakan haji, kerana apa yang dipraktik hari ini akan digunakan semasa melakukan ibadah haji nanti” ujarnya dengan panjang lebar.